ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton daftar tanda dagangan nama X50

Berita Tempatan

Views

Laman sesawang rakan media kami Carlist.my telah membuat carian di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) telah berjaya menemui beberapa nama yang didaftarkan untuk tanda dagangan oleh Proton. Antara nama yang didaftarkan adalah X50, V50, V70, V500, V700, X500, dan X700.

Seperti dalam artikel sebelum ini, kami telah mendapat maklumat yang mengatakan Proton bakal menggunakan nama X50 untuk model SUV keduanya yang dibangunkan dari pelantar Geely Bin Yue. Baru-baru ini beberapa foto intipan unit ujian awal Proton X50 telah berjaya dikesan di Melaka dan sekitar bandar raya Kuala Lumpur.

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Proton Exora RC (Running Change) tertiris – Bakal ada ciri “Hai Proton!”?

Ketua Unit Kejuruteraan Proton, Yang Jun, turut mengesahkan syarikat tersebut bakal memperkenalkan model baharu yang dilengkapi dengan enjin 1.5-liter turbo. X50 bakal menjadi model kedua selepas X70 yang dipasang secara tempatan (CKD) di kilang baharu Proton di Tanjung Malim.

SUV kompak ini bakal diperkenalkan ke pasaran Malaysia pada tahun depan (2020) dan dijangka akan mempunyai lebih kandungan komponen tempatan. Kami difahamkan vendor-vendor tempatan telah memulakan proses pengeluaran komponen untuk model tersebut.

Ada juga kemungkinan model ini mendapat lebih suntikan elemen rekaan Malaysia sekiranya diizinkan oleh Geely. Kami sangat berharap pereka Proton dapat mengubah setidak-tidaknya rekaan depan dan belakang. Kalau dapat tukar kulit luar sepenuhnya (reskin) lagi bagus kan?

JOM BACA >> INTIP : Proton Persona facelift sedang jalani penggambaran iklan

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments

Leave a Reply