ARKIB

KATEGORI

Buletin

INTIP : Iriz MC2 versi crossover dedah bahagian lampu – Sah pakai lampu jenis LED

Foto Intip

Views

Semalam kami baharu saja menyiarkan foto beresolusi tinggi yang memaparkan tiga sekawan Proton Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover yang diintip dari jarak dekat. Pagi tadi pemilik akaun Facebook bernama Zola telah memuat naik foto intip terbaharu Iriz MC2 versi crossover yang mendedahkan bahagian lampu depannya.

JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

Maka benar lah apa yang diperkatakan oleh ejen perisik Mat Bond sebelum ini, bahawa model MC2 akan dilengkapi dengan lampu jenis LED. Meskipun bentuk kelongsong luarnya masih tidak berubah, namun susunan lampu di bahagian dalam nampak lebih kemas dan tersusun, sekali gus menjadikannya kelihatan lebih moden.

Lampu siang LED (DRL)nya pula masih kekal di posisi sama, pada bahagian bampar. Jika anda perasan, bumbung Iriz MC2 versi crossover dan sebuah lagi Iriz atau Persona MC2 di belakangnya dicat dengan warna hitam. Unit ujian yang kami kongsikan semalam hanya menggunakan satu warna sahaja.

JOM BACA >> Perodua mula siar foto acah Ativa (D55L) di laman sesawang

Kami berpendapat, ada kemungkinan unit dengan bumbung hitam itu merupakan varian Premium. Setakat ini perubahan kosmetik yang pasti dibuat pada model yang dipertingkatkan itu adalah di bahagian jeriji, bampar, lampu, logo, rim dan juga sedikit rombakan pada bahagian papan pemuka yang dilengkapi dengan skrin jenis terapung serta unit kawalan pendingin hawa rekaan baharu.

Selain itu, Proton masih mengekalkan transmisi CVT dan kami difahamkan penalaan semula telah dibuat pada unit kawalan transmisinya (TCU). Kata Mat Bond, ujian percubaan pemasangan model-model ini akan dilakukan dalam masa terdekat dan pengeluaran massa akan bermula setelah fasa percubaan selesai.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT
JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?
JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!
JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!
JOM BACA >> IMBAU KEM

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply