ARKIB

KATEGORI

Buletin

INTIP : Yin Gang Flash 150 sedang diuji!

Foto Intip

Views

Malam tadi kami ada menyiarkan video intip sebuah kapcai misteri memakai plat dagang P198S yang diiringi sebuah lagi motosikal yang berkemungkinan Benelli RFS 150i. Foto dan video intip ini telah dirakam oleh salah seorang rakan pembaca yang mahu identitinya dirahsiakan.

JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

Dengan bantuan rakan kami Vanhoe Rage dan salah seorang Top Fan Facebook, Imddin Ahmad kapcai misteri itu merupakan Yin Gang Flash 150. Menurut mereka, model ini turut dikenali dengan nama Rusi Flash 150 di pasaran Filipina. Besar kemungkinan model tersebut akan dibawa masuk oleh syarikat WMoto atau SM Sport.

JOM BACA >> Perodua mula siar foto acah Ativa (D55L) di laman sesawang

Dari segi reka bentuk, ia menampilkan rekaan yang moden dan pada pandangan kami sangat menarik serta sporty. Menurut rakan media Arena Motosikal, model ini dijangka akan dipasang di Malaysia dan dijana oleh enjin 150cc dengan sistem sejukan udara yang digandingkan bersama transmisi lima kelajuan.

Ia masih lagi menggunakan sistem karburator, dan enjin tersebut mampu menghasilkan 11 kuasa kuda (8.2kW) pada 7,000rpm dengan daya kilas 12Nm pada 5,500rpm. Yingang Flash 150 mempunyai berat kering 113 kg dan dilengkapi tangki bahan api maksimum 5 liter. Model ini  dilengkapi panel meter digital, sistem lampu LED, suspensi belakang monoshock, dan juga sistem brek cakera depan dan belakang.

KLIK UNTUK BESARKAN

Yin Gang Flash 150 – Foto kredit Arena Motosikal

JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT
JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?
JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!
JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!
JOM BACA >> IMBAU KEM

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply