ARKIB

KATEGORI

Buletin

INTIP : Trio Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover naik Genting Highlands

Foto Intip

Views

Nampaknya Proton masih lagi meneruskan ujian jalan raya untuk model Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover meskipun dikhabarkan pengeluaran massa model-model tersebut telah pun bermula sejak awal Februari ini.

Foto terbaharu kelibat trio Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover telah berjaya dikesan oleh rakan pembaca bernama Sheqal Hazaakbar hari ini di Genting Highlands. Kelihatan ketiga-tiga model berwarna putih itu berhenti seketika di bahu jalan dan masih lagi lengkap dengan pelitup celoreng.

JOM BACA >> Perodua mula siar foto acah Ativa (D55L) di laman sesawang

Jika diperhatikan, Iriz MC2 versi crossover ditutup pada bahagian lampu belakang, manakala sebuah lagi Iriz MC2 masih lagi menggunakan lampu belakang yang sama. Tidak pasti apakah sama ada Iriz MC2 akan menggunakan lampu belakang baharu, namun yang pasti lampu belakang Persona MC2 akan mengalami sedikit perubahan.

Selain itu, ketiga-tiga model ini dikhabarkan akan memakai rim bersaiz lebih besar, iaitu 16-inci. Di ruang kabin, rombakan semula telah dibuat pada reka bentuk papan pemuka walaupun masih mengekalkan sebahagian besar bentuk asalnya.

JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT

Difahamkan Proton telah menambah baik papan pemuka pada model ini bagi menghilangkan ‘getaran’ dan mereka bentuk semula tombol kawalan pendingin hawa serta meletakkan paparan jenis terapung di bahagian konsol tengah.

Buat masa ini belum ada maklumat terkini mengenai model-model tersebut dan kami akan cuba mendapatkan info terbaharu dari semasa ke semasa. Tunggu!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?
JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!
JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!
JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an
JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply