ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda tawar tujuh model Edisi Khas untuk dimenangi sempena kempen ‘1 Million Dreams’

Berita Tempatan

Views

Sempena meraikan pencapaian jualan mencecah 1 juta unit, Honda Malaysia hari ini mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk menyertai kempen ‘1 Million Dreams‘. Pada 2019, mereka telah meraikan jualan yang ke-900,000 unit dan setelah dua tahun angka tersebut kini hampir mencecah sejuta unit.

Apa yang menarik, bagi menghargai sokongan para pelanggan, Honda Malaysia akan menawarkan tujuh model Edisi Khas yang terdiri daripada Jazz, City, BR-V, HR-V, Civic, CR-V dan Accord untuk dimenangi menerusi kempen ini yang akan berlangsung mulai 25 Februari hingga 24 Mac 2021.

Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan di semua bilik pameran Honda seluruh negara sepanjang kempen tersebut. Dalam masa yang sama Honda turut mengucapkan terima kasih kepada rakan media yang sentiasa menyokong dan memberikan ulasan yang jujur mengenai produk mereka.

JOM BACA >> Perodua mula siar foto acah Ativa (D55L) di laman sesawang

Tidak dilupakan juga para rakan pengedar yang memberikan komitmen yang padu dan kerajaan Malaysia yang sentiasa menyokong menerusi pengenalan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) semasa pandemik ini.

Model-model Edisi Khas yang bakal dimenangi semasa kempen ini nanti bakal menampilkan ciri-ciri unik seperti warna luaran dwitona, kemasan berwarna merah pada bahagian depan, cermin sisi dengan kemasan jalur merah, rim aloi berwarna hitam dengan kemasan merah dan juga lencana 1 Million Dreams di kedua-dua bahagian fender model berkenaan.

Ruang dalaman model Edisi Khas ini turut dihiasi dengan sulaman timbul 1 Million Dreams pada bahagian penyandar kepala tempat duduk pemandu dan penumpang hadapan, stereng balutan kulit dengan jahitan benang merah dan penanda di tengah.

Setiap unit model ini juga didatangkan dengan kantung kunci kulit Edisi Khas. Selain aktiviti dan pameran 1 Million Dreams, Honda Malaysia turut mengadakan kolaborasi dengan CUCKOO, Shopee dan Watsons. Bagi menghargai petugas barisan hadapan, mereka turut memperuntukkan salah satu daripada tujuh model Edisi Khas ini khas buat mereka sepanjang kempen berlangsung.

JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT

Selain itu, hadiah berupa 1 juta duit syiling Shopee juga akan diberikan kepada 150 pemenang bertuah setiap minggu. Ini bermakna sepanjang tempoh kempen, sebanyak 5 juta duit syiling Shopee bakal direbut. Untuk menyertai kempen ini, peserta boleh mengambil bahagian dalam mana-mana enam aktiviti yang disediakan oleh Honda Malaysia untuk memperoleh sebanyak mungkin penyertaan dan menghantarkannya di wakil penjual sah Honda atau menerusi laman sesawang rasmi Honda Malaysia.

Peserta hanya perlu memuat turun dan mendaftarkan diri menerusi aplikasi HondaTouch, bermain permainan 1 Milion Dreams Quiz Game di laman sesawang rasmi Honda di www.honda.com.my, memandu uji kereta Honda, menempah sebuah kereta Honda baharu, servis atau dibaiki kereta Honda atau mendaftarkan sebuah kereta Honda baharu sepanjang tempoh tersebut. Lebih banyak penyertaan, lebih banyak peluang untuk lebih mendapatkan kereta-kereta Edisi Khas ini.

Pelanggan CUCKOO pula berpeluang untuk membawa pulang kereta Honda yang membeli Tilam A-Series yang baharu sahaja dilancarkan mulai bulan Mac, manakala Shopee akan menghadiahkan Honda HR-V Edisi Khas kepada pengguna yang bertuah. Untuk menyertainya, hanya perlu bermain permainan Shopee Lucky Prize menerusi aplikasi dan ia sangatlah mudah.

Watsons Malaysia pula akan menghadiahkan Honda BR-V Edisi Khas kepada ahli Watsons yang berbelanja lebih dari RM50 dalam satu resit di mana-mana kedai Watsons atau secara dalam talian. Honda Malaysia akan mengumumkan pemenang bertuah kereta-kereta Edisi Khas ini di acara Grand Finale yang bakal berlangsung pada bulan Mac tahun 2021.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?
JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!
JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!
JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an
JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply