ARKIB

KATEGORI

Buletin

INTIP: Persona dan Iriz MC2 terakam dalam siaran langsung Facebook

Foto Intip

Views

Akhirnya kita dapat melihat rupa sebenar Persona dan Iriz MC2 yang dirakam secara ‘live’ menerusi laman Facebook rasmi Polis Perak yang telah melakukan pemantauan Operasi Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) di kilang Proton, Tanjung Malim tengah hari tadi.

12 Kereta Rare Bawah RM5K - Sembang Engear

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Nampaknya Proton kini sedang menyiapkan seberapa banyak yang mungkin stok tersedia kedua model tersebut yang dijangka bakal dilancarkan dalam masa yang terdekat. Dalam video itu juga kita dapat melihat kelibat sebuah X70 berwarna hitam, namun tidak dipastikan sama ada model tersebut X70 Black Edition seperti yang pernah kami war-warkan sebelum ini.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Persona MC2 akan ditawarkan dengan tiga pilihan varian, iaitu Standard 1.6L CVT, Executive 1.6L CVT dan Premium 1.6L CVT, manakala Iriz MC2 juga akan ditawarkan dengan tiga pilihan varian tetapi dengan dua pilihan enjin berbeza, iaitu Standard 1.3L CVT, Executive 1.6L CVT dan varian baharu, Active 1.6L CVT.

Bagi kedua-dua model ini, Proton tidak lagi menawarkan transmisi manual dan hanya menawarkan transmisi CVT sahaja yang dilengkapi dengan fungsi SAT (Stepped Auto Transmission). Untuk mengetahui info lanjut mengenai Persona MC2, anda boleh klik pautan ini dan untuk Iriz MC2 sila klik di sini.

Nantikan info terkini dari semasa ke semasa!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply