ARKIB

KATEGORI

BuletinSpyshots

INTIP : Peugeot Traveller sedang diuji

Views

Kami menerima beberapa foto MPV bersaiz besar Peugeot Traveller yang telah berjaya dikesan oleh Daus Riz sekitar kawasan Westport di Klang. Model ini bakal diperkenalkan pada suku ketiga tahun ini dan ia mungkin dipasang secara CKD di Gurun, Kedah. Mula diperkenalkan di peringkat global pada tahun 2015, Traveller dibina menggunakan platform yang sama dengan Citroen SpaceTourer dan Toyota ProAce.

Ia mempunyai sembilan tempat duduk dengan ruang but berkapasiti 1,500 liter, dan kapasitinya akan bertambah kepada 4,900 liter jika tempat duduk barisan kedua dan ketiga dialihkan. Untuk pasaran Eropah, Traveller dijana dengan lima pilihan enjin diesel BlueHDI selain enjin 1.6 liter dan 2.0 liter Euro 6 yang kesemuanya dipadankan dengan sistem auto start-stop dan pilihan kotak gear enam kelajuan manual atau automatik. Buat masa ini kami tidak menerima sebarang maklumat mengenai spesifikasi Traveller untuk pasaran tempatan dari pihak Nasim.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply