ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton Iriz R5 bakal berentap di WRC!

Views

Adakah ini berita gembira kepada peminat jentera Proton dalam sukan rali antarabangsa? Laman sesawang Autosport mengesahkan Proton Iriz bakal membuat kemunculan dalam saingan Kejohanan Rali Dunia (WRC) kategori WRC2 dan juga Kejohanan Rali Asia Pasifik (APRC) untuk musim 2018. Sebenarnya projek ini telah bermula pada tahun lalu dan pemilihan Iriz dibuat kerana hatchback segmen-B ini amat sesuai untuk perlumbaan rali.

Jentera rali Proton Iriz R5 ini telah dibina oleh Mellors Elliot Motorsport (MEM) yang berpengkalan di UK dan ia akan membuat kemunculan pertamanya di Goodwood Festival of Speed bulan hadapan. MEM memang nama yang tidak asing lagi sebagai pembuat jentera rali menggunakan model Proton kerana sebelum ini mereka jugalah yang membina Satria Neo S2000 yang bertanding di kejohanan Intercontinental Rally Challenge (IRC), S-WRC, dan APRC.

Menurut Chris Mellors dari MEM, Iriz R5 ini bakal menggunakan enjin petrol turbo 4B11T dari Mitsubishi Lancer Evolution X yang telah dikurangkankan kapasitinya daripada 2.0 liter kepada 1.6 liter (untuk melayakkannya bertanding dalam kategori R5 dan WRC2), dan digandingkan bersama transmisi dari Xtrac.

Sistem suspensinya menggunakan penyerap hentak dari Reiger, dan sistem breknya pula menggunakan jenama Brembo, manakala sistem kawalan elektroniknya pula bakal dibekalkan oleh Cosworth. Dari luar, Iriz R5 ini nampak lebih sado dengan fender hadapan dan belakang yang lebih lebar. Bumpar hadapannya masih lagi mengekalkan identiti asal rekaan Iriz standard, tetapi di bahagian saluran udaranya lebih besar dan dihiasi kemasan jaring dengan nama Iriz tertera di situ.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply