ARKIB

KATEGORI

BuletinSpyshots

INTIP : Suzuki Vitara ditemui, adakah ini bakal SUV pertama Proton?

Views

Laman facebook DSF telah memuatnaik sekeping foto sebuah unit Suzuki Vitara yang ditemui dalam sebuah kawasan perumahan. Namun sumber tersebut tidak menyatakan di mana lokasi kawasan perumahan tersebut dan yang menarik Suzuki Vitara itu langsung tidak mengenakan sebarang pelekat penyamaran. Ada dua kemungkinan di sini, pertama Suzuki Vitara tersebut memang dimiliki oleh individu yang tinggal di kawasan tersebut, tetapi yang agak menghairankan model ini tidak dijual di Malaysia. Boleh jadi pemiliknya membeli dari negara lain dan membawanya masuk ke sini.

Kedua, timbul pula persoalan mungkinkah ini bakal SUV pertama Proton hasil usahasama dengan Suzuki? Mungkin betul, mungkin juga tidak kerana hingga setakat ini belum ada sebarang maklumat terkini kami perolehi mengenai model tersebut, walaupun tahun lalu kami pernah menimbulkan spekulasi hangat mengenainya. Jadi, buat masa ini anda jangan terlalu gembira lagi ye, kita tunggu dulu siapa bakal Rakan Strategik Asing baharu Proton sebelum ia menjadi kenyataan. Kami akan cuba merisik maklumat mengenainya dalam masa terdekat.

KLIK UNTUK BESARKAN

foto intipan - suzuki vitara

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

3 Comments

Leave a Reply