ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua Bezza kini dipertingkatkan, harga tidak berubah

Views

Kereta Tahunan Terbaik Malaysia 2017 oleh Frost & Sullivan , Perodua Bezza  kini tampil dengan beberapa pembaharuan. Antara ciri yang telah dipertingkatkan rekaan bumpar belakang yang lebih kemas, kemasan platinum krom untuk varian Premium X dan Advance serta tempat duduk kemasan kulit rekaan baharu untuk varian Advance.

Apa yang menarik, Perodua masih mengekalkan harga yang sama dan model naiktaraf ini sudah ada disemua bilik pameran Perodua seluruh negara. Sedan pertama yang direka sepenuhnya oleh Perodua ini telah diperkenalkan pada 21 Julai 2016 dan ia merupakan sedan paling laris jualannya pada suku pertama tahun ini dengan angka jualan mencecah 15,900 unit. Secara keseluruhan, sebanyak 50,900 unit Bezza telah berada di jalan raya sejak ianya dilancarkan.

Perodua Bezza juga dinobatkan sebagai Kereta Kemunculan Pertama (Debut) Tahunan Malaysia 2017 oleh Frost & Sullivan kerana impaknya yang cukup besar kepada industri automotif negara. Bezza didatangkan dengan lima varian, 1.0L (transmisi manual & automatik), 1.3L “Premium X” (transmisi manual & automatik) dan 1.3L “Advance” (transmisi automatik). Syabas Perodua, anda memang sangat prihatin dengan kehendak pelanggan!

KLIK UNTUK BESARKAN

Bezza WHITE_ Front_Left_1 BEZZA_BACK_LEFT_1 dashboard1 Front Seat1

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

4 Comments

Leave a Reply