ARKIB

KATEGORI

Buletin

MINI Countryman generasi kedua dilancarkan – Apa yang menarik mengenainya?

Views

Baru baru ini MINI Malaysia melancarkan MINI Countryman generasi kedua yang hadir dalam varian MINI Cooper Countryman dan MINI Cooper S Countryman. Ketika memperkenalkan MINI Countryman serba baharu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Han Sang Yun berkata, “Tahun lalu sahaja, jenama itu menyumbang lebih 900 unit kenderaan dengan merekodkan pertumbuhan lebih 19% berbanding tempoh sama tahun 2015 dan telah menjadi jenama ketiga terbesar dalam segmen premium di Malaysia.”

Apa yang menarik mengenai mengenai generasi kedua MINI Countryman ini?

  1. Rekabentuknya menampilkan elemen rekaan ikonik yang tipikal dengan jenama tersebut dengan perkadaran yang baik serta karekter yang lebih matang.
  2. Saiz MINI Countryman serba baharu telah bertambah, kini 20 sentimeter lebih panjang dan tiga sentimeter lebih lebar berbanding model terdahulu. MINI Countryman serba baharu mempunyai panjang 4,299mm, lebar 1,822mm dan tinggi 1,557mm. Lebar treknya ialah 1,585mm di hadapan dan 1,587mm di belakang.
  3. Jarak kelegaan tanah dan posisi tempat duduknya lebih tinggi.
  4. Karekter off-road ditambah dengan rel bumbung yang boleh menempatkan kargo ekstra seperti rak bumbung, kotak atau rak basikal.
  5. Buat pertama kalinya ia dilengkapi lampu utama LED dengan lampu membelok mengikut arah stereng.
  6. MINI Countryman serba baharu dipasang dengan rim aloi ringan bersaiz 18 inci, manakala MINI Cooper S Countryman didatangkan dengan rim aloi ringan MINI Yours bersaiz 19 inci.
  7. MINI Countryman kini dikuasakan oleh enjin tiga silinder sebaris bersesaran 1.5 liter yang dipadankan dengan transmisi Steptronic enam kelajuan automatik yang membolehkannya menjana kuasa 136hp dan tork maksimum 220Nm. Ia mampu memecut dari 0 ke 100km/j dalam masa 9.6 saat dengan kelajuan maksimum 200km/j dengan penjimatan bahan api sekitar 6.0 liter bagi setiap 100km.
  8. MINI Cooper S Countryman pula menggunakan enjin empat silinder bersesaran 2.0 liter yang digandingkan bersama transmisi automatik lapan kelajuan dengan fungsi Steptronic. Gandingan ini berupaya menghasilkan kuasa mencecah 192hp dan tork maksimum 280Nm serta mampu memecut dari 0 ke 100km/j dalam masa 7.4 saat dengan kelajuan maksimum 224km/j dengan penjimatan bahan api sekitar 6.5 liter bagi setiap 100km.
  9. Mod Pemanduan MINI diaktifkan menerusi satu suis rotari pada bahagian bawah tuil gear dan boleh dipilih berdasarkan kepada tiga mod: MID, SPORT dan GREEN.
  10. MINI Countryman serba baharu dipasang dengan suspensi berkualiti tinggi yang menggabungkan topang gandar sambungan tunggal pada roda hadapan serta gandar jenis multi-link di belakang.
  11. Dari segi keselamatan, MINI Countryman serba baharu juga menggunakan cagak enjin yang boleh tertanggal, seterusnya mengurangkan impak ke atas pemandu dan penumpang jika berlaku pelanggaran.
  12. Selain itu ia turut dilengkapi dengan Kawalan Mula Mendaki (Hill Hold Control) serta beg udara hadapan, sisi dan siling.
  13. Gabungan material dan kemasan paling mewah membuatkan ia nampak lebih premium dan praktikal.
  14. Kedua-dua varian MINI Countryman serba baharu juga dilengkapi sistem pendingin hawa automatik dua zon dan cermin pandang belakang anti-silau automatik.
  15. MINI Cooper S Countryman serba baharu menawarkan fungsi talaan tempat duduk elektrik eksklusif dengan sokongan lumbar yang membolehkan pemandu merekod posisi duduk yang digemarinya.
  16. Satu ciri baharu yang unik serta ditawarkan sebagai standard pada kedua-dua varian MINI Cooper Countryman dan Cooper S ialah pintu belakang automatik (Automatic Tailgate) dengan fungsi yang mudah dibuka.
  17. Buat pertama kalinya, MINI Countryman serba baharu menawarkan tempat duduk Picnic Bench yang boleh dilipat keluar daripada ruang but.
  18. Sistem infotaimen dan komunikasi MINI Countryman serba baharu dipertingkatkan dengan ciri MINI Connected yang menawarkan rangkaian integrasi telefon pintar pada skrin sentuh beresolusi tinggi bersaiz 6.5 inci dan turut didatangkan dengan fungsi Kamera Undur sebagai satu ciri standard.
  19. Ruang kargonya berkapasiti 450 liter apabila semua tempat duduk digunakan, namun setelah tempat duduk belakang dilipat pada konfigurasi 40:20:40, ruang kargo boleh ditingkatkan sehingga 1,390 liter.

Dua warna baharu turut diperkenalkan dalam iaitu coklat (Chestnut) dan biru (Island Blue). Warna lain yang ditawarkan ialah hijau (British Racing Green), merah (Chili Red), putih (Light White), perak (Melting Silver), hitam (Midnight Black) dan kelabu (Moonwalk Grey). Warna kelabu (Thunder Grey) pula eksklusif untuk MINI Cooper S Countryman.

MINI Countryman serba baharu hadir bersama Jaminan Perbatuan Tanpa Had MINI selama 4 Tahun dan Servis Berjadual Percuma. Anggaran harga (di atas jalan untuk pendaftaran peribadi, tidak termasuk insurans) ialah:

MINI Cooper Countryman RM 239,888.00
MINI Cooper S Countryman RM 269,888.00

KLIK UNTUK BESARKAN

BMW 01a BMW 03a BMW 04a BMW 05a BMW 06a BMW 10a

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply