ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Unit RHD Dongfeng Box S31/Nammi 01 tiba di Malaysia, sedang jalani ujian jalan raya

Berita Tempatan

Views

Foto-foto yang memaparkan beberapa unit pra-pengeluaran versi pemanduan kanan (RHD) Dongfeng Box S31/Nammi 01 yang kini berada di Malaysia telah dimuat naik oleh akaun Facebook, Datuk Sheikh Mohamed Zulkifli SM Amin (Zul Amin) pada 17 Julai lalu.

Menurut beliau, kesemua unit tersebut kini sedang menjalani fasa Penyelidikan dan Pembangunan (R&D), termasuk ujian jalan raya sejauh 10,000 km yang dilakukan oleh lima jurutera terbaik yang diterbangkan khas dari ibu pejabat Dongfeng, di China.

Tambah beliau, Malaysia bakal menjadi negara yang membuat kemunculan pertama global Dongfeng Box S31/Nammi 01 versi RHD.

JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China

Dalam artikel terdahulu, anak syarikat Persatuan Pengimpot Dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA), Central Auto Distributors Bhd (CADB) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan NexV Manufacturing Sdn Bhd (NMSB) untuk menjadikan Malaysia pusat serantau bagi pengeluaran dan pemasangan kenderaan elektrik (EV), Dongfeng Box S31/Nammi 01.

MoU itu bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama antara kedua-dua syarikat dalam aktiviti pemasangan kenderaan, dengan NMSB menyediakan fasiliti dan CADB bertanggungjawab terhadap pemasaran serta pengedaran kenderaan elektrik.

Presiden PEKEMA, Datuk Mohamed Nazari Noordin berkata, CADB sedang meneroka program CKD untuk pengeluaran kenderaan elektrik dari China iaitu Dongfeng Motor (DFM).

JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

Katanya, usaha itu sebagai sebahagian daripada perancangan jangka panjang untuk menyokong visi kerajaan dan selaras dengan misi PEKEMA untuk meningkatkan penyertaan ahli-ahli dalam perniagaan dan ekosistem kenderaan elektrik.

Penggunaan Bahasa Malaysia pada antara muka unit inforia

Berikut adalah info ringkas mengenai Dongfeng Box S31/Nammi 01:

  • Model ini dibangunkan berasaskan pelantar ‘Dongfeng Quantum Architecture S3‘.
  • Dari segi dimensi, Dongfeng Box S31/Nammi 01 berukuran 4,030 mm panjang, 1,810 mm lebar dan 1,570 mm tinggi, manakala jarak rodanya pula 2,660 mm.
  • Ia dilengkapi oleh motor elektrik tunggal yang memacu roda hadapan (FWD) dengan output sehingga 94 kuasa kuda dan 160 Nm daya kilas.
  • Kereta elektrik kompak ini dilengkapi dengan pek bateri lithium besi fosfat (LFP) dengan kapasiti 42.3 kWj.
  • Ia mampu menampung pengecasan AC 11 kW dan pengecasan pantas DC 60 kW.
  • Jarak pemanduan Dongfeng Box S31/Nammi 01 adalah 430 km (kitaran CLTC).
  • Masa pecutan 0-100 km/j dalam masa 10.6 saat, manakala kelajuan maksimanya adalah 140 km/j.
  • Aspek keselamatan terdiri daripada fungsi ADAS yang menyokong bantuan pemanduan Tahap 2.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Zul Amin

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply