ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Unit ujian Daihatsu Rocky e:Smart Hybrid ditemui lagi

Foto Intip

Views

Ini mungkin kali kedua kelibat Daihatsu Rocky e:Smart Hybrid dikesan sedang menjalani ujian di jalan raya Malaysia. Kali pertama, ia berjaya dirakam oleh pemilik akaun Facebook bernama Alex Tung di sekitar ibu kota pada awal bulan lalu.

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!

Foto intip terbaharu ini pula telah dimuatnaik ke laman permotoran DSF.my dan kelibat model tersebut berjaya dikesan sekitar Petaling Jaya. Unit ujian tersebut masih lagi ditutup dengan pelekat hitam di beberapa bahagian bagi mengelakkannya dikesan orang awam.

Setakat ini, masih belum diketahui apakah tujuan sebenar Perodua menguji Rocky e:Smart Hybrid ini dan besar kemungkinan trenkuasa tersebut bakal digunakan pada model baharu keluaran mereka pada masa akan datang.

JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

Ada ura-ura mengatakan yang Perodua bakal memperkenalkan model hibrid sulung mereka sekitar tahun 2023 dan ramai pemerhati automotif berkata Ativa adalah calonnya.

Sebelum ini, ada yang meramalkan model Alza generasi baharu (D27A) bakal ditawarkan dengan pilihan trenkuasa hibrid. Namun menurut ejen perisik Mat Bond, difahamkan ada sebuah ‘model lain’ bakal menjadi yang pertama menerima trenkuasa ini pada 2023.

Nantikan info selanjutnya dari semasa ke semasa!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit DSF.my

JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply