ARKIB

KATEGORI

Buletin

KAI dan Kemalak Systems mahu wujudkan fasiliti pemasangan akhir pesawat FA-50 di Malaysia

Berita Tempatan

Views

Umum mengetahui, Korea Aerospace Industries (KAI) merupakan salah satu pembida untuk program perolehan 18 buah pesawat Fighter Lead-In Trainer/Light Combat Aircraft (FLIT/LCA) untuk Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), dengan menawarkan pesawat pejuang ringannya, FA-50.

Menurut portal Defence Security Asia, KAI telah menjalin kerjasama dengan syarikat tempatan, Kemalak Systems Sdn Bhd yang juga merupakan rakan perunding bagi syarikat Korea Selatan itu untuk program “Industrial Collaborator Partner” (ICP).

Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Kemalak Systems Mej (B) Mohd Iswandi Mohd Sharif berkata, program ICP yang ditawarkan oleh KAI sekiranya ia berjaya memenangi tender bagi pesawat FLIT/LCA TUDM adalah amat menyeluruh dan mampu melonjakkan keupayaan teknologi tempatan.

Tawaran oleh KAI itu juga akan mencetuskan kesan berganda kepada industri-industri dan syarikat teknologi lain di Malaysia. Malaysia secara keseluruhannya akan menerima kesan yang positif daripada program kerjasama teknologi yang ditawarkan oleh KAI dan rakan teknologi tempatannya, Kemalak Systems.

Ujarnya, bagi program ICP itu, antara tawaran utama daripada KAI sekiranya Malaysia dan TUDM memilihnya sebagai pemenang tender FLIT/LCA itu adalah mewujudkan ‘fasiliti pemasangan akhir’ bagi pesawat FA-50 di Malaysia.

Ini bermakna, buat julung kalinya Malaysia bakal memiliki kemudahan pemasangan akhir pesawat pejuang. Kemalak Systems telah mencadangkan kepada KAI untuk mewujudkan kemudahan pemasangan akhir pesawat FA-50 itu di Malaysia dan KAI telah bersetuju dan menyertakannya di dalam tawaran mereka kepada Kementerian Pertahanan.

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!

KAI telah bersetuju untuk melabur dalam usaha mewujudkan kemudahan pemasangan akhir pesawat FA-50 di Malaysia itu, tetapi keputusan akhir terletak di tangan kerajaan.

Usaha mewujudkan kemudahan pemasangan pesawat FA-50 di Malaysia ia adalah sesuatu yang “besar” dan kesan positifnya daripada kewujudan kemudahan itu akan turut dirasai oleh industri-industri lain di Malaysia.

Tambah Mohd Iswandi, secara keseluruhannya, kewujudan pusat pemasangan pesawat FA-50 di Malaysia akan memberikan kesan positif kepada negara keseluruhannya dan usaha Malaysia untuk menguasai teknologi tinggi terutamanya yang berkait dengan penerbangan.

Selain mewujudkan peluang pekerjaan di dalam teknologi tinggi untuk anak-anak tempatan, pusat pemasangan itu juga akan memastikan Malaysia muncul sebagai pemain utama di dalam industri pemasangan pesawat pesawat pejuang.

Beliau juga berkata, pihaknya bersama-sama KAI telah pun mengenalpasti beberapa lokasi kemudahan pemasangan pesawat FA-50, dengan Kuantan antara lokasi yang dalam kajian mereka.

Kemudahan pesawat FA-50 di Malaysia juga adalah langkah yang tepat kerana kos di Malaysia adalah rendah berbanding di Korea Selatan, sekaligus merendahkan lagi kos bagi setiap unit pesawat itu dan menjadikannya lebih kompetitif di mata pelanggan.

Beberapa negara lain di rantau ini turut menggunakan pesawat FA-50 termasuk Thailand, Filipina dan Indonesia (T-50i). Kemudahan pemasangan pesawat FA-50 di Malaysia itu boleh juga dijadikan hab pemasangan pesawat itu untuk negara-negara lain sekiranya menerima pesanan.

Mohd Iswandi juga berkata, selain pusat pemasangan akhir pesawat FA-50 itu, syarikat KAI juga menawarkan untuk mewujudkan pusat Maintenance, Refurbishment and Overhaul (MRO) untuk pengguna pesawat itu. Sebagaimana pusat pemasangan akhir FA-50, pusat MRO untuk pesawat itu di Malaysia boleh menjadi pusat penyelenggaran sehenti untuk pengguna-pengguna pesawat itu Asia Tenggara dan negara-negara lain.

JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

Kewujudkan pusat pemasangan akhir FA-50 dan MRO bagi pesawat pejuang ringan buatan KAI di Malaysia akan mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai pemain utama di dalam industri penerbangan antarabangsa dan memastikan rakyat tempatan mampu menguasai teknologi tinggi.

Satu lagi kerjasama program ICP oleh Kemalak Systems dan KAI akan menyaksikan syarikat Korea Selatan itu memindahkan teknologi pembangunan simulator kepada syarikat teknologi tempatan, Ikramatic untuk membangunkan “Simulator Misi Penuh” untuk pesawat FA-50.

Memandangkan bilangan pengguna-pengguna pesawat FA-50 di seluruh dunia semakin meningkat, maka ia turut menyediakan peluang buat syarikat tempatan untuk memasarkan simulator pesawat itu kepada pelanggan-pelanggan yang lain.

Sementara itu Mohd Iswandi juga berkata, syarikat daripada Korea Selatan itu tidak mempunyai masalah untuk memenuhi syarat pembayaran pembelian pesawat dilakukan secara “counter-trade” iaitu sehingga 50 peratus bayaran di dalam bentuk minyak dan produk-produk akhir kelapa sawit.

Beliau berkata, ia tidak semestinya dalam bentuk minyak sawit mentah semata-mata kerana ada 11 elemen produk akhir minyak sawit termasuk oleo-chemical, biodiesel dan lain-lain yang boleh dipertimbangkan sebagai bentuk “counter-trade” pembayaran.

Tambahnya lagi, syarikat itu tiada masalah untuk menerima “counter-trade” bayaran dalam bentuk minyak kelapa sawit dan produk-produk akhir kelapa sawit. Pihaknya juga telah mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan Malaysia Palm Oil Board (MPOB) untuk tujuan tersebut.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply