ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Unit ujian Ora Good Cat dan Ora Black Cat kini di Malaysia, bakal dilancar tahun depan?

Foto Intip

Views

Foto dua model kenderaan elektrik (EV) Ora Good Cat dan Ora Black Cat telah dimuatnaik oleh Mohd Junaizee Mohd Noor ke laman group Malaysian Electric Vehicle Owners Club hari ini. Menurutnya, dia berpeluang untuk menyaksikan kedua-dua model EV buatan China itu di Shah Alam, semalam.

Kedua-dua unit ujian model ini masih lagi merupakan unit pemanduan sebelah kiri (LHD) jika dilihat pada pelekat yang ditampal pada bahagian belakangnya. Ora merupakan jenama EV di bawah Great Wall Motor (GWM) dan menurut info di ruangan komen, berkemungkinan besar model ini akan dibawa masuk oleh Go Auto Group.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Kebetulan pula, kelibat Borgward BX5 turut kelihatan di belakang Ora Black Cat yang diedarkan oleh  Go Bremen Motors. Dijangkakan kedua-dua model ini akan mula memasuki pasaran Malaysia pada suku pertama (Q1) tahun 2022.

Ora Good Cat dijana oleh motor elektrik di gandar depan yang mampu menjana 145 PS dan 210 Nm daya kilas. Model hatchback dengan gaya retro-moden itu mempunyai dua pilihan bateri dengan jarak perjalanan 400 km atau 500 km.

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran

Ora Black Cat atau Ora R1 pula merupakan EV mampu milik yang dijual pada julat harga RM 37,894 hingga RM 49,300 seunit di China. Ia dikuasakan oleh motor elektrik yang menghasilkan 49 PS, namun mempunyai daya kilas yang setanding dengan enjin 1.3 liter asiprasi normal pada 125 Nm.

Adakah kedua-dua model ini akan dipasang secara temapatan (CKD) di Malaysia? Nantikan info selanjutnya dari semasa ke semasa.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Mohd Junaizee Mohd Noor

JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply