ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Ini jeriji dan bampar depan Proton X70 MC2 ke?

Foto Intip

Views

Ini merupakan foto terbaharu yang kelihatan seperti komponen jeriji dan bampar depan untuk model Proton X70 MC2. Foto tersebut telah dikongsikan oleh ‘individu misteri’ yang merahsiakan identitinya.

Jika anda perasan, bentuk bingkai jeriji berkenaan hampir sama dengan versi kembarnya, iaitu Geely Boyue Pro di China atau Azkarra di pasaran Filipina.

Yang berbeza hanyalah reka corak bermotifkan elemen busur atau “Ethereal Bow” dan kemasan corak “Infinite Weave” dengan butiran berlian seperti yang ada pada model X90 dan S70.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Kelihatan juga bentuk bulat yang akan ditampal dengan logo ‘kepala harimau’ dan juga penderia pada bahagian atasnya.

Buat masa ini, unit Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Proton masih giat menguji X70 MC2 dan kerangkanya (Body In White – BIW) dari dalam kilang telah pun tertiris dalam artikel terdahulu.

Menurut ejen perisik Mat Bond, X70 MC2 akan menggunakan lampu hadapan jenis LED rekaan baharu, manakala ruang kabinnnya turut menampilkan susun atur papan pemuka serba baharu.

Selain X70 MC2, Proton juga sedang mempersiapkan sebuah lagi model yang dikemaskini iaitu X50 RC1. Ada kemungkinan X50 RC1 akan turut mengalami kemas kini kecil dan beberapa penambahbaikan.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Kata Mat Bond lagi, fasa pengeluaran model X70 MC2 dan X50 RC1 dijadualkan sebulan selepas pengeluaran massa model sedan S70 (SS11) yang dijangka pada bulan Oktober nanti.

Tempahan S70 (SS11) telah pun dibuka dan akan dilancar pada akhir bulan November, manakala X70 MC2 dan X50 RC1 pula akan menyusul sebelum akhir tahun atau selewat-lewatnya pada awal 2024.

Ujarnya lagi, model X50 hanya akan tiba ke fasa facelift pada 2025. Proton juga dikhabarkan sedang merancang untuk membangunkan generasi baharu SagaPersona (S50?) dan Iriz (yang mungkin menjadi SUV mini atau crossover).

Apa yang menarik, ia akan menggunakan pelantar dari dan juga enjin yang dibekalkan oleh Geely, manakala rekaan badannya (top hat) akan dihasilkan oleh Proton sendiri. Namun, segalanya masih di peringkat awal dan belum dimuktamadkan lagi.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply