ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lebih 200 tetamu undangan alami sendiri prestasi pemanduan ‘onroad dan offroad’ di BFGoodrich Day 2023

Berita Tempatan

Views

BFGoodrich baru-baru ini telah mengadakan acara ‘BFGoodrich Day 2023‘ buat julung kalinya di Khao Yai National Park, Nakhon Ratchasima, Thailand.

Acara eksklusif yang berlangsung dari 3 hingga 11 November 2023 itu memberi peluang kepada para tetamu undangan untuk mereka mengalami sendiri ciri-ciri dan prestasi pemanduan yang dibekalkan oleh tayar BFGoodrich, di atas dan juga di luar jalan raya.

Ia dihadiri lebih daripada 200 wakil pengedar, warga media dan juga pempengaruh dari 8 buah negara di Asia Timur dan Oceania iaitu, Australia, Indonesia, Malaysia, New Zealand, Filipina, Korea Selatan, Thailand, dan Vietnam.

BFGoodrich Day 2023 mempersembahkan Zon Pameran dan 5 Stesen Bengkel. Zon Pameran menampilkan kekayaan sejarah dan legasi jenama BFGoodrich yang berusia lebih 150 tahun.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Diasaskan di Amerika Syarikat pada tahun 1870 oleh Dr. Benjamin Franklin Goodrich, jenama BFGoodrich telah menjadi sebahagian daripada Michelin Group sejak 1990.

Antara inovasi rintisnya sejak penubuhannya termasuk tayar radial Amerika yang pertama, tayar radial untuk Semua Permukaan dan Permukaan Berlumpur yang pertama di dunia, serta tayar pilihan rasmi Columbia Space Shuttle.

Beberapa acara sukan permotoran yang popular di dunia juga telah dijuarai dengan tayar BFGoodrich, termasuklah Le Mans 24 Hours, Baja 1000, dan Dakar Rally.

Selain berkongsi pelbagai maklumat, Zon Pameran tersebut juga telah menampilkan seluruh rangkaian produk BFGoodrich, yang meliputi tayar jalan raya dan luar jalan raya.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

  • BFGoodrich Trail Terrain T/A – Tayar premium dengan prestasi jalan raya yang cemerlang, dan daya prestasi ringan di luar jalan raya.
  • BFGoodrich All-Terrain T/A KO2 – Tayar ikonik untuk jentera 4×4, 4×2, SUV, dan pikap tinggi dengan cengkaman luar jalan raya yang hebat, walaupun merentasi permukaan yang amat mencabar.
  • BFGoodrich Mud-Terrain T/A KM3 – Tayar yang “wajib” dimiliki oleh peminat tegar aktiviti ‘offroad‘ yang menginginkan kelasakan serta cengkaman ekstrem.
  • BFGoodrich Advantage Touring – Tayar jalan raya yang sangat berbaloi, sempurna untuk aktiviti pemanduan harian di kawasan urban, dirumus khas untuk memberi keyakinan kepada pengguna jalan raya.
  • BFGoodrich g-Force Phenom – Tayar jalan raya berprestasi tinggi yang bertujuan untuk menaik taraf pengalaman pemanduan para pengguna, dalam keadaan jalan yang basah ataupun kering.

Pengalaman memandu yang mengujakan menanti para peserta di 5 Stesen Bengkel yang disediakan, dua antaranya ditujukan untuk aktiviti offroad (cross country, hotlap, dan offroad buggy) mengambil tempat di Wild Calling Farm Park.

Dua lagi adalah untuk aktiviti onroad (pengendalian dan pembrekan, litar mini, dan hotlap) terletak di 8 Speed Motor Track dan satu sesi kembara ke Khao Yai Tieng.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply