ARKIB

KATEGORI

Spyshots

Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

Foto Tiris

Views

Dalam artikel terdahulu kami pernah menyiarkan beberapa imej paten yang dikatakan Geely Bin Yue X, kerana ia mempunyai penggayaan luaran yang cenderung ke arah gaya reka bentuk Bo Yue X.

Kali ini kami memperolehi beberapa foto tiris yang mempunyai persamaan dengan imej paten model SUV berkenaan.

Namun, dari beberapa petunjuk pada foto-foto tersebut, besar kemungkinan yang model ini adalah Bin Yue S versi facelift.

Model ini tampil dengan gaya yang berbeza dengan Bin Yue PRO facelift 2021 dan menampilkan falsafah rekaan keluarga baharu Geely, iaitu “Energy Storm“.

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV

Gaya rekaan berkenaan buat pertama kalinya diperkenalkan pada model konsep Vision Starburst dan telah pun diguna pakai pada model sedan Emgrand L.

Kembar Proton X50 ini tampil dengan beberapa ‘perubahan drastik’ pada bahagian depan, terutama sekali rekaan lampu depan, jeriji dan bampar serba baharu yang lebih garang.

Sungguh pun begitu, secara keseluruhan reka bentuk asal Bin Yue masih lagi tidak berubah memandangkan ia hanyalah sekadar model facelift.

Di bahagian belakang, ia turut mengalami sedikit perubahan pada reka bentuk lampu yang kini semakin nipis dan disambungkan antara satu sama lain dengan jejalur LED.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula

Reka bentuk pintu belakang turut mengalami sedikit perubahan di mana tempat meletak nombor plat yang sebelum ini berada di tengah, kini diturunkan sedikit ke bawah.

Bampar belakangnya juga berubah agak ketara dan kini sepasang pemantul cahaya berada di bahagian sisi kiri dan juga kanan, selari dengan tempat meletak nombor plat.

Rekaan diffusernya juga kelihatan lebih garang dengan kemasan rona hitam dan juga calitan warna merah, namun masih mengekalkan konfigurasi empat corong ekzos seperti model terdahulu.

Tidak diketahui sama ada berlaku perubahan di ruangan kabin, namun dari beberapa siri foto intip di portal permotoran China, ia dijangka tampil dengan gaya lebih moden dan futuristik.

Anda setuju tak kalau Proton X50 facelift nanti menggunakan gaya rekaan sebegini?

KLIK UNTUK BESARKAN

Imeje paten Geely Bin Yue X. Foto kredit Vanhoe Rage

JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply