ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Unit ujian Proton X70 MC1 dikesan, ‘varian AWD’ bakal kembali?

Foto Intip

Views

Setelah agak lama bersembunyi, akhirnya unit ujian Proton X70 MC1 muncul kembali di jalan raya. Kelibat unit ujian SUV berkenaan telah ditemui oleh pemilik akaun Instagram bernama syahmey di Lebuh raya Karak menghala ke Genting Sempah pagi tadi.

Unit yang membawa empat penumpang ini langsung tidak mengenakan sebarang pelitup celoreng pada badannya dan apa yang menarik, lencana AWD berjaya dikesan pada bahagian penjuru kiri pintu belakang.

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

Adakah ini bermakna untuk versi MC1, Proton akan mengembalikan semula varian Executive AWD? Varian tersebut tiada dalam senarai varian X70 versi 2020 yang menggunakan logo baharu Proton.

Memandangkan tiada sebarang celoreng penyamaran pada badan, ada kemungkinan ia menggunakan unit sedia ada di R&D Proton.

JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?

Mungkin tugasnya adalah untuk menguji enjin baharu iaitu tiga-silinder 1.5L TGDi (1.5TD) dengan transmisi 7-kelajuan dwicekam (7DCT) yang kini digunakan oleh model Proton X50 1.5 TGDi varian Flagship.

Berdasarkan kepada foto intip terdahulu, akan ada beberapa ‘perubahan kosmetik kecil’ dibuat pada model X70 MC1 ini nanti, iaitu pada palang tengah di antara lampu belakang dan rekaan diffuser di bahagian bawah bampar belakang.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit syahmey

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply