ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Unit ujian X50 ditemui lagi – Versi 1.4 liter juga telah tiba dan bakal diuji nanti!

Foto Intip

Views

Proton semakin rancak menguji SUV kedua mereka X50 yang kerap dikesan sejak kebelakangan ini. Model SUV kompak yang masih sarat dengan celoreng penyamaran berjaya diintip di depan pintu masuk utama sebuah hotel dari jarak dekat. Foto tersebut dimuatnaik oleh pemilik akaun Facebook, Kelvan Toh ke sebuah laman group X50.

JOM BACA >> Mungkinkah model ini bakal jadi trak pikap Proton? Lebih baik jangan sebab hodoh sangat!

Sebenarnya bukan foto intip terbaharu itu yang kami ingin fokuskan, tetapi kami telah dihubungi oleh Mat Bond baru-bar ini yang mengatakan, ada beberapa unit Geely Bin Yue PRO dengan enjin 1.4 liter turbo telah selamat tiba di Malaysia beberapa hari lalu. Maklumat tersebut juga telah diwar-warkan oleh laman Facebook rasmi TheAjerul pada 12 Jun 2020.

Menurut TheAjerul, unit CBU dari China tersebut dikatakan bakal dilancarkan terlebih dahulu sebagai kumpulan pertama model X50 untuk pasaran Malaysia. Namun, informasi dari Mat Bond mengatakan, unit tersebut sebenarnya adalah untuk tujuan ujian, sama ada digunakan oleh bahagian Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) atau mungkin juga untuk bahagian Pembuatan.

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Proton X50 dengan meter analog berjaya diintai!

Tambah Mat Bond lagi, Proton sememangnya tiada perancangan untuk mengeluarkan X50 versi CBU kerana ia akan dihasilkan sepenuhnya di Tanjung Malim. Tetapi yang menariknya, kita di Malaysia berkemungkinan besar akan menerima satu lagi versi X50 dengan enjin 1.4 liter turbo yang digandingkan bersama pilihan kotak gear 6-kelajuan manual atau 6-kelajuan Dwi-Cekam (DCT).

Enjin ini mampu menghasilkan output sebanyak 141 PS dan 235 Nm daya kilas. Di China, Bin Yue PRO 1.4L dijual pada harga RMB 79,800 (RM 49k) dan RMB 91,800 (RM 56k). Persolan yang berlegar di minda kami ketika ini, adakah ini Proton ‘sengaja’ mengeluarkan X50 dengan ‘tanda harga lebih rendah’ semata-mata untuk ‘mengganggu’ pasaran bakal SUV Perodua (D55L) nanti?

Sama-sama kita tunggu dan lihat!

KLIK UNTUK BESARKAN

Geely Bin Yue PRO 1.4 liter turbo

JOM BACA >> Betul ke kena tekan butang hidup enjin 3 kali kalau takut enjin cepat rosak?
JOM BACA >> Kereta CKD dikecualikan Cukai Jualan, 50 peratus bagi kereta import mulai 15 Jun hingga 31 Disember 2020
JOM BACA >> Gobek Api – Ciptaan Melayu lama pencetus kepada teknologi enjin terkini
JOM BACA >> INTIP : Honda City Hatchback mula turun ke jalan raya
JOM BACA >> Proton X70 2020 kini dengan Pembersih Udara Pintar

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif