ARKIB

KATEGORI

Info

Gobek Api – Ciptaan Melayu lama pencetus kepada teknologi enjin terkini

Info

Views

Sesekali apa salahnya kita kembali mengenali salah satu ciptaan bangsa Melayu lama yang menjadi pencetus kepada teknologi enjin yang terkini. Mungkin ramai antara kita yang tidak mengenali apa itu gobek api kan?

Apa itu gobek api?

Menerusi ciapan pemilik akaun Twitter Haziq Mahmur, gobek api ialah sejenis alat yang digunakan untuk menyalakan api. Ia diperbuat daripada kayu atau tanduk dan ada yang dihias dengan perak dan emas. Fungsinya sama dengan pemetik api pada hari ini.

Gobek api telah dicipta dan digunakan di Nusantara sejak abad ke-17 lagi. Ia berdasarkan prinsip pemampatan (combustion). Udara yang dimampatkan melalui tekanan omboh (piston) akan menghasilkan kepanasan sehingga 800°F.

Justeru ia boleh membakar cebisan kapas, kekabu atau habuk dari daun enau atau dedalu yang mudah terbakar yang menjadi sumbu pada hujung omboh. Ertinya, saintis Melayu zaman dahulu sudah mahir dalam ilmu kimia, fizik dan biologi untuk menghasilkan alat kecil yang merupakan inovasi Melayu ini.

Malah seorang saintis Jerman dalam artikelnya menyatakan kekaguman beliau terhadap ciptaan Melayu ini dan menganggap gobek api inilah yang mencetuskan idea kepada Jerman untuk menghasilkan sistem enjin diesel. Namun, kedatangan para penjelajah Eropah ke Nusantara pada abad ke-18 membuatkan mereka terlihat alat ini, lalu ia dibawa pulang untuk dikaji.

Akhirnya, pada lewat abad ke-18 saintis Perancis dan Britain telah mendaftar paten untuk alat ini. Awal abad ke -20 pula, seorang pereka Amerika Syarikat mendaftar paten di USA di bawah nama fire piston. Pada 1805 barulah Jean Chancel mencipta mancis di Paris, manakala pada tahun 1910 barulah Ronson mencipta pemetik api diikuti Zippo pada tahun 1932.

JOM BACA >> INTIP : Honda City Hatchback mula turun ke jalan raya

Apa kaitan gobek api dengan enjin pembakaran dalaman?

Menerusi satu hantan di laman Facebooknya, Dr Aid Fawzal menjelaskan gobek api menggunakan konsep pencucuhan mampatan (compression ignition) yang mana ia sama dengan enjin diesel dan bukannya petrol. Enjin petrol memerlukan percikan api untuk dinyalakan dan ia sama berbeza sama sekali dengan enjin diesel.

Secara umum, enjin pembakaran dalaman (Internal Combustion Engine: ICE) terbahagi kepada dua:

  • Enjin pencucuhan percikan api (Spark-ignition engine)
  • Enjin pencucuhan mampatan (Compression-ignition engine)

Akan tetapi, dalam usaha mengejar ke arah enjin berkecekapan tinggi, para jurutera dan pengkaji telah membangunkan kombinasi antara dua enjin ini. Contohnya enjin Homogeneous Charge Compression Ignition (HCCI). Enjin HCCI bukan sahaja lebih bersih berbanding enjin petrol, malah ia juga lebih tinggi kecekapan bahan bakar. Ini kerana ia berasaskan gabungan antara kedua-duanya.

Tatkala pengeluar lain sibuk ke arah penjana tenaga hibrid dan elektrik, Mazda menongkah arus dengan memilih untuk kekal dalam pembangunan ICE. Mazda telah membangunkan enjin Skyactiv-X berasaskan konsep HCCI. Maka lahirlah jenis enjin baka baharu yang dipanggil Spark Controlled Compression Ignition (SPCCI).

JOM BACA >> Proton X70 2020 kini dengan Pembersih Udara Pintar

Setelah melihat kejayaan Mazda, Nissan pula bakal mengikut jejak langkah yang sama. Apa yang menarik, Nissan bukan hanya memikirkan untuk membangunkan enjin berasaskan HCCI sahaja tetapi memilih untuk memperbaiki simulasi 3D bagi pembangunan enjin ini.

Sebelumnya, simulasi 3D enjin HCCI mengambil masa 2 bulan untuk disiapkan. Ini kerana simulasi tersebut mempunyai proses tindak balas kimia yang kompleks yang diwakili oleh ribuan formula. Menerusi permodelan pembakaran tercanggih oleh Nissan, simulasi kini lebih pantas dan hanya mengambil masa 3 hari sahaja untuk disiapkan.

Ia bukan sahaja singkat malah ketepatannya lebih jitu. Ini bermakna lebih cepat simulasi, lebih cepat pembangunan dapat diselesaikan. Selain daripada dua olahan yang  disebutkan diatas, ada dua lagi olahan lain yang lebih kompleks, iaitu:

  • Premixed Charges Compression Ignition (PCCI),
  • Reactivity Controlled Compression Ignition (RCCI)

Sebenarnya, Malaysia juga tidak ketinggalan dalam pembangunan enjin-enjin generasi baharu ini. Universiti Teknologi Petronas (UTP) adalah antara universiti yang banyak menyumbangkan kajian berkenaan enjin jenis RCCI.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Satria Neo X : Model ikonik Proton berubah menjadi crossover kompak dua pintu
JOM BACA >> MESTI BACA : Simulator Perlumbaan – Apa yang anda perlu tahu
JOM BACA >> Proton PM5 ‘menjelma kembali’ dalam bentuk imej 3D
JOM BACA >> Kereta Proton beraksi dalam filem Extraction di Netflix
JOM BACA >> Proton Arena generasi baharu dijelmakan dalam bentuk 3D

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply