ARKIB

KATEGORI

Info

Betul ke kena tekan butang hidup enjin 3 kali kalau takut enjin cepat rosak?

Info

Views

Kami tahu dah banyak rakan media permotoran kami berkongsi info mengenai isu ini yang timbul kembali sejak sekian lama menyepi. Cuma untuk versi kami, info dirujuk menerusi sahabat yang jauh di Middlesbrough, UK iaitu Dr Aid Fawzal. Menerusi hantaran terbaharu di laman Facebook rasminya, beliau terpanggil untuk menjawab persolan yang dilontarkan oleh salah seorang pengikutnya berkaitan isu di atas.

Betul kereta yang ada butang penghidup enjin kena ambil masa untuk hidupkan enjin? Ada yang kata kena tekan 3 kali, ye ke?

Jawapan beliau : Ya dan Tidak.

JOM BACA >> Kereta CKD dikecualikan Cukai Jualan, 50 peratus bagi kereta import mulai 15 Jun hingga 31 Disember 2020

Kenapa begitu jawapannya?

Ya, – Sekiranya kereta anda adalah jenis pancitan (injection) yang dikeluarkan pada lewat 90an hingga ke atau sebelum 2010. Ini kerana pada masa itu kereta yang dikeluarkan dilengkapi dengan sistem yang tidak mengekalkan tekanan bahan api.

Jadi ia akan mengambil sedikit masa untuk pam bahan api memberikan tekanan dalam sistem sebelum nyalakan. Proses ini juga dipanggil ‘prime‘. Ia juga terpakai untuk enjin diesel sezaman dengannya di mana, anda perlukan masa untuk glow plug memanaskan bahan api diesel.

Tidak – Jika kereta anda dilengkapi dengan enjin moden, selepas tahun 2010 dan ke atas. Ini kerana enjin kereta moden sendiri telah mengambil kira sela masa (delay) untuk semua komponen bersedia untuk dinyalakan termasuk enjin diesel.

Sewaktu sela masa, ada kereta yang meternya masuk dalam mod penentukuran (calibration), ada yang lampu panel meter menyala beberapa saat sebelum padam dan lain-lain proses permulaan (initialisation). Glow plug diesel moden juga lebih cekap dan cepat untuk membekalkan haba kepada bahan api, berbeza dengan enjin era sebelumnya. Jadi anda tidak perlu risau kerana jurutera enjin moden telah mengambil kira semua faktor ini.

JOM BACA >> Gobek Api – Ciptaan Melayu lama pencetus kepada teknologi enjin terkini

Berapa lama perlu tunggu jika anda pemilik kereta sebelum 2010?

Pulas atau tekan butang pada ACC (nyalaan aksesori), tunggu sehingga beberapa lampu pada panel meter terpadam, kemudian pulas atau tekan sekali lagi untuk menghidupkan enjin. Jika anda seorang yang peka, anda akan mendengar bunyi seakan berdengung (buzzing) dari belakang. Ini adalah bunyi pam bahan api dan ia akan berbunyi dalam beberapa ketika. Apabila bunyi itu hilang, anda sudah boleh menghidupkan enjin.

Adakah perbuatan menghidupkan terus enjin akan merosakkan komponen kereta?

Ini tidak berasas melainkan anda terlalu berlebih-lebihan dalam berfikir (dah macam nak merungkai teori konspirasi Illuminati pulak). Lagipun dalam artikel yang ditularkan itu langsung tidak menyatakan secara spesifik komponen enjin yang mana akan mengalami kerosakan. Tak rasa pelik ke?

Kalau anda masih rasa was-was lagi macam mana?

Carilah ‘naskah keramat’ di dalam laci papan pemuka (glovebox) kereta anda, biasanya berada di bahagian penumpang depan. Ia ibarat “Kitab Keramat Kulit Naga” yang boleh menjadi rujukan buat anda. Naskah itu diberi nama “Buku Manual” dan wajib ada dalam semua kereta, bukan hanya untuk kereta transmisi manual waima dengan transmisi automatik, CVT, Dwi-Cekam (DCT) atau apa jua nama transmisi sekalipun. Nescaya anda tidak hilang pedoman dan sentiasa berada di jalan yang lurus.

Sekian.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Honda City Hatchback mula turun ke jalan raya
JOM BACA >> Proton X70 2020 kini dengan Pembersih Udara Pintar
JOM BACA >> Satria Neo X : Model ikonik Proton berubah menjadi crossover kompak dua pintu
JOM BACA >> MESTI BACA : Simulator Perlumbaan – Apa yang anda perlu tahu
JOM BACA >> Proton PM5 ‘menjelma kembali’ dalam bentuk imej 3D

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply