ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Foto papan pemuka Proton X50 dengan meter analog berjaya diintai!

Foto Intip

Views

Buat julung kalinya, dapat juga kita mengintai ruang kabin unit ujian Proton X50 setelah sejak sekian lama ia turun ke jalanan. Foto yang paling dinanti-nantikan oleh peminat SUV kompak ini telah bejaya dirakam oleh Dick Carlsonsitt yang merupakan salah seorang ahli komuniti Proton X70 Malaysia.

JOM BACA >> Betul ke kena tekan butang hidup enjin 3 kali kalau takut enjin cepat rosak?

Walaupun foto ini dikaburkan pada beberapa bahagian tertentu, kita masih lagi boleh melihat gambaran secara kasar rekaan kabin serta papan pemuka X50. Kita juga dapat melihat penggunaan dwi tona warna pada papan pemuka yang menggabungkan warna hitam dan juga krom kusam. Bentuk logo baharu Proton juga juga jelas kelihatan pada stereng meskipun bahagian tersebut dikaburkan.

Jika anda seorang yang ber’mata helang’, anda boleh melihat imbasan kelompok paparan meter jenis analog. Untuk pengetahuan anda, memang ada versi Geely Bin Yue (SX11) yang menggunakan meter jenis itu, selain dari versi digital sepenuhnya dengan paparan skrin berwarna penuh.

JOM BACA >> Kereta CKD dikecualikan Cukai Jualan, 50 peratus bagi kereta import mulai 15 Jun hingga 31 Disember 2020

Besar kemungkinan, unit ujian ini adalah versi Executive dan mungkin dijual dengan tanda harga lebih murah berbanding varian yang lain. Secara keseluruhan, tiada perubahan signifikan dilakukan oleh para pereka Proton pada rekaan papan pemuka asal dari Bin Yue.

Mereka mengekalkan bentuk asal pemuka asal Bin Yue yang sudah sedia ‘molek’ dan mungkin menyerapkan sedikit unsur rekaan Proton seperti Inifinite Weave pada bahagian tertentu, sebagai contoh pada penutup pembesar suara. Kita nantikan foto intipan yang seterusnya!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Gobek Api – Ciptaan Melayu lama pencetus kepada teknologi enjin terkini
JOM BACA >> INTIP : Honda City Hatchback mula turun ke jalan raya
JOM BACA >> Proton X70 2020 kini dengan Pembersih Udara Pintar
JOM BACA >> Satria Neo X : Model ikonik Proton berubah menjadi crossover kompak dua pintu
JOM BACA >> MESTI BACA : Simulator Perlumbaan – Apa yang anda perlu tahu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif