ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton X70 2020 kini dengan Pembersih Udara Pintar

Berita Tempatan

Views

Meskipun masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Proton hari ini secara rasminya memperkenalkan Sistem Pembersih Udara Pintar Proton (P-IAPS) yang akan dijadikan sebagai sistem standard pada setiap model X70 2020.

Sistem ini menggabungkan penggunaan Penapis Kabin N95 dan Sistem Pembersih Udara untuk menawarkan kaedah lebih komprehensif dalam meningkatkan kualiti udara di dalam sesebuah kereta. Penapis kabin N95 yang baharu ini mampu menyingkirkan 95 peratus partikel bersaiz melebihi 0.3 mikron serta turut menapis 98 peratus debu PM2.5.

Oleh itu sistem ini berkesan menghalang kemasukan partikel asap, debu, bakteria dan bahan cemar lain yang akan menghasilkan peredaran udara yang baik dan lebih segar dalam sistem pendingin hawa. Sistem pembersih udara sedia ada yang dipasang pada semua model X70 masih dikekalkan.

JOM BACA >> Satria Neo X : Model ikonik Proton berubah menjadi crossover kompak dua pintu

Ia menggunakan Penapis Udara Berzarah Kecekapan Tinggi (HEPA) yang menyingkirkan 99.97 peratus partikel yang melebihi 0.3 mikron sementara bahan karbon aktifnya pula menghilangkan bau busuk, formaldehyde serta menyerap sebarang partikel berpunca dari asap. Selain itu juga, ion negatif pada penapis itu akan membantu membersihkan udara.

Melalui gabungan Sistem Pembersih Udara dan Penapis Kabin N95, Sistem Pembersih Udara Pintar Proton (P-IAPS) ini akan bertindak menghalang udara yang tercemar daripada memasuki kabin kereta, memberikan tahap perlindungan yang tinggi untuk menghasilkan persekitaran yang bersih dan lebih sihat.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong berkata langkah memperkenalkan penapis kabin N95 ini dilihat relevan dengan keadaan persekitaran ketika ini dan dengan meningkatkan kualiti udara di dalam kabin kereta. Pihaknya berharap ia dapat memberikan pengalaman yang lebih selesa tanpa pencemaran udara untuk para pelanggan kami.

JOM BACA >> MESTI BACA : Simulator Perlumbaan – Apa yang anda perlu tahu

Tambah beliau, buat masa ini, P-IAPS ini hanya akan ditawarkan pada model X70, akan tetapi barisan pereka dan jurutera Proton sedang bekerja keras untuk turut menawarkan penapis kabin N95 ini pada model-model yang lain.

Sementara penapis baharu ini dipasang pada unit-unit baharu X70 2020 di Kilang Tanjung Malim, pemilik sedia ada boleh menukar dan menambahbaik penapis yang digunakan kepada Penapis Kabin N95 dengan harga hanya RM79, tidak termasuk kos pekerja.

Mereka boleh membuat janji temu mulai 13 Mei 2020 di https://www.proton.com/en/after-sales/service- booking atau hubungi mana-mana pusat servis Proton terdekat. Program ini dijadualkan berlangsung dari 18 Mei hingga 18 Ogos 2020 di mana diskaun sebanyak 15 peratus akan ditawarkan kepada semua pemilik X70.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton PM5 ‘menjelma kembali’ dalam bentuk imej 3D
JOM BACA >> Kereta Proton beraksi dalam filem Extraction di Netflix
JOM BACA >> Proton Arena generasi baharu dijelmakan dalam bentuk 3D
JOM BACA >> Jika model Perodua X-Concept dihasilkan mungkin ini gambaran reka bentuknya
JOM BACA >> INTIP : KIA Seltos mula tiba di Malaysia

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply