Akhirnya, kelibat unit ujian berceloreng Honda City Hatchback mula ‘mencemar duli’ ke jalan raya. Ini juga menandakan fasa ujian jalan raya untuk model ‘versi kontot’ Honda City telah pun bermula. Tapi anda semua jangan terlalu gembira kerana ia bukan di jalan raya Malaysia, tetapi di negara jiran kita, iaitu Thailand.
Foto-foto intip tersebut telah berjaya dirakam oleh seorang warganet bernama Mick Makawan dan telah mula tular di beberapa portal permotoran di negara tersebut sejak beberapa hari yang lalu. Terdahulu, ada ura-ura mengatakan model ini bakal menggantikan Jazz di pasaran rantau Asia Tenggara dan ia juga akan ditawarkan ke beberapa negara di Amerika Latin.
JOM BACA >> Proton X70 2020 kini dengan Pembersih Udara Pintar
Model ini dijangka berkongsi nadi yang sama dengan versi sedan, iaitu enjin tiga silinder VTEC 1.0 liter yang dilengkapi dengan pengecas turbo dari BorgWarner, dwi Variable Valve Timing Control (VTC) dan Variable Valve Timing and Lift Electronic Control (VTEC). Model ini juga bakal dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan seperti Brek Anti Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA) dan Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA) sebagai ciri standard.
Sebelum ini kami telah mendedahkan beberapa imej paten model tersebut telah tertiris menerusi laman Instagram Canal Carros. Dan dengan pantasnya sahabat kami, kami Theophilus Chin memberi gambaran secara digital bagaimana rupa sebenar model itu nanti. Anda boleh melihatnya menerusi pautan ini.
JOM BACA >> Satria Neo X : Model ikonik Proton berubah menjadi crossover kompak dua pintu
Bukan itu sahaja, Honda Motors Co. Ltd. Jepun telah pun mendaftarkan tanda dagang (trademark) nama City Hatchback di portal rasmi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan ia telah kami dedahkan dalam artikel ini. Persoalannya sekarang, bilakah City Hatchback akan menjengah pasaran negara kita?
Jawapannya mudah, selagi versi sedannya masih belum ada di Malaysia, selagi itulah versi hatchback tidak akan memunculkan diri. Ketika ini Cik ‘City 2020’ sedang diuji dan ia dijangka memasuki pasaran dalam tahun ini juga, mungkin sedikit lewat dek penangan COVID-19. Jadi, kami meramalkan versi hatchback akan menyusul setahun selepas itu. Mesti anda dah tak sabar menanti kan?
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Mick Makawan
JOM BACA >> MESTI BACA : Simulator Perlumbaan – Apa yang anda perlu tahu
JOM BACA >> Proton PM5 ‘menjelma kembali’ dalam bentuk imej 3D
JOM BACA >> Kereta Proton beraksi dalam filem Extraction di Netflix
JOM BACA >> Proton Arena generasi baharu dijelmakan dalam bentuk 3D
JOM BACA >> Jika model Perodua X-Concept dihasilkan mungkin ini gambaran reka bentuknya
KOMEN TERKINI