ARKIB

KATEGORI

Buletin

Mungkinkah model ini bakal jadi trak pikap Proton? Lebih baik jangan sebab hodoh sangat!

Foto Intip

Views

Tersembur terus “teh-o beng kaw” penulis petang tadi setelah melihat foto-foto yang dikatakan trak pikap versi Geely Bo Yue PRO ini. Perkara yang pertama terlintas di fikiran, mengapa hodoh sangat reka bentuknya? Adakah pereka Geely hilang idea dan mengambil jalan mudah dengan alasan “asalkan ada trak pikap sudah”.

Semua ini hanya Geely yang boleh menjawabnya. Menurut rakan media kami di Wapcar.com, daripada informasi yang diperolehi mereka dari media luar negara, trak pikap ini mungkin dikenali dengan nama Yuancheng FX, yang jika diterjemah bermaksud “Jarak Jauh FX”. Nama pun dah kelakar.

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Proton X50 dengan meter analog berjaya diintai!

Tidak seperti trak pikap tradisional yang dibina dari pelantar rangka-tangga (ladder-frame), trak pikap Yuancheng FX ini dibangunkan terus dari rangka monocoque, pelantar yang sama dengan Bo Yue PRO. Bukan itu sahaja, reka bentuknya juga hampir serupa, cuma berbeza sedikit pada bentuk kemasan jerijinya.

Perbezaan paling ketara sudah tentu di bahagian belakang yang telah disambung dengan ekor pikap yang agak ‘kontot’. Bentuk lampu belakang juga kelihatan ringkas dengan rekaan bampar yang boleh dikatakan biasa-biasa sahaja, tiada yang boleh di’gebang’kan.

Tiada maklumat mengenai enjin yang bakal menjana trak pikap ‘ganjil’ ini, namun jika merujuk kepada Bo Yue PRO, ia dikuasakan oleh dua pilihan enjin, iaitu 1.8TGDI dan 1.5TGDI. Enjin 1.8TGDI mampu menjana 184 kuasa kuda dengan daya kilas puncak 300 Nm yang dipadankan bersama transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT). Enjin 1.5TGDI tiga silinder pula disambungkan kepada kotak gear 6-kelajuan automatik manual, mampu menjana 177 kuasa kuda dan 255 Nm daya kilas.

JOM BACA >> Betul ke kena tekan butang hidup enjin 3 kali kalau takut enjin cepat rosak?

Patutkah model ini dijadikan trak pikap baharu Proton?

Lebih baik jangan jika tidak mahu dimaki oleh warganet, sebab Proton telah membuktikan mereka boleh mereka bentuk trak pikap, jauh ‘lebih senonoh’ berbanding dengan yang ini. Walaupun Arena lebih kepada ute, namun rekaannya tidak nampak pelik dan boleh diterima hingga ke negara Australia.

Selain itu, reka bentuk trak pikap konsep Proton semasa Hari Terbuka Alami Proton pada 2015 yang menggunakan pelantar Exora jauh lebih padu dan mantap. Pada hemat penulis, lebih baik Proton kemas kini rekaan tersebut dan menjadikannya realiti.

Tetapi perlu diingat, pasaran segmen ini amatlah kecil dan tidak berbaloi untuk berebut pasaran dengan nama-nama yang cukup gah seperti Toyota Hilux, Ford Ranger, Mitsubishi Triton dan juga Isuzu D-Max. Lebih baik Proton tumpukan kepada segmen kenderaan penumpang sahaja, betul tak?

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit chinacarforums.com

JOM BACA >> Kereta CKD dikecualikan Cukai Jualan, 50 peratus bagi kereta import mulai 15 Jun hingga 31 Disember 2020
JOM BACA >> Gobek Api – Ciptaan Melayu lama pencetus kepada teknologi enjin terkini
JOM BACA >> INTIP : Honda City Hatchback mula turun ke jalan raya
JOM BACA >> Proton X70 2020 kini dengan Pembersih Udara Pintar
JOM BACA >> Satria Neo X : Model ikonik Proton berubah menjadi crossover kompak dua pintu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply