Volkswagen baharu sahaja memperkenalkan versi facelift model hatchback kompak Polo bulan April lalu dan kini mereka bersedia untuk melancarkan versi GTI pula. Unit ujian Polo GTI 2022 yang hampir tanpa sebarang pelitup celoreng berjaya dirakam oleh jurufoto pengintip, Carscoops.com.
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
Bulan lalu, foto acah lukisan digital model tersebut telah pun disiarkan dan jika dirujuk kepada foto intip terbaharu ini, kita dapat tahu apa yang masih lagi disorok oleh Volkswagen. Antaranya, bucu lampu depan, lampu kabus berbentuk dadu dan logo GTI yang sengaja digelapkan.
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
Meskipun foto acah bahagian belakang masih belum disiarkan, kita tahu Volkswagen cuba sembunyikan bentuk penuh lampu belakang dengan menampal pelekat yang berbentuk lampu pada model sebelumnya. Selain itu, kita juga boleh melihat spoiler kecil di bahagian bumbung.
Setakat ini tidak ketahui enjin manakah yang akan disumbat di bawah hud model ini, namun model semasa Polo GTI menggunakan enjin 2.0-liter turbocas empat-silinder yang menjana 197 kuasa kuda dan 320 Nm daya kilas. Dijangka model Polo GTI 2022 bakal dilancarkan sebelum akhir bulan ini.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Carscoops.com
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >> Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
KOMEN TERKINI