ARKIB

KATEGORI

Buletin

Guru tadika alami masalah psikiatri terjun Jambatan Kedua Pulau Pinang

Berita Tempatan

Views

Seorang guru tadika swasta yang diselamatkan nelayan selepas bertindak terjun ke dalam laut dari Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dikatakan mempunyai masalah psikiatri.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Portal MalaysiaGazette melaporkan, wanita yang berasal dari Taiping itu sudah berkahwin dan tinggal di Georgetown bersama suaminya. Difahamkan, mangsa bertindak terjun dari jambatan tersebut ketika dalam perjalanan pulang dari rumah mertuanya di Kulim, Kedah.

Mangsa kini dihantar ke Hospital Jalan Perak untuk rawatan lanjut. Semalam, seorang gadis berusia 24 tahun nyaris lemas diselamatkan nelayan selepas jatuh ke dalam laut dari Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah di Kilometer 14.1 dekat Batu Maung.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.15 malam berhubung kejadian itu. Sebaik tiba di lokasi pihaknya dapati sebuah kereta jenis Proton Wira berhenti di bahu jalan di atas jambatan dalam keadaan pintu terbuka.

Mangsa dipercayai telah terjun ke dalam laut, namun diselamatkan oleh nelayan yang berada di bawah jambatan berdekatan dengan tiang (nombor) 81. Susulan itu, gadis tersebut dibawa ke Jeti Pangkalan Polis Marin Batu Uban sebelum diserahkan kepada pihak polis.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply