ARKIB

KATEGORI

Buletin

INFO: Shaken Law – Undang-undang yang memastikan kereta yang dalam kondisi baik sahaja layak berada di jalan raya Jepun

Info

Views

Bila kita bercerita tentang kereta terpakai (second hand/recond) dari Jepun, kita pasti akan membayangkan kualitinya yang baik dan perbatuan (milage) yang rendah kan? Perbatuan rendah itu memang benar dan bukannya diubah.

Menerusi satu hantaran yang dikongsikan oleh pemilik akaun Facebook warga Malaysia yang menetap di Saitama, Jepun bernama Zunita Ramli, di negara ‘matahari terbit’ itu terdapat satu undang-undang yang dinamakan “Shaken Law”.

Apa itu Shaken Law?

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Shaken ini merupakan satu proses pemeriksaan bagi memastikan hanya kereta yang benar-benar dalam keadaan baik sahaja layak berada di atas jalan raya. Perkara ini penting untuk mengurangkan risiko kemalangan jalan raya yang disebabkan oleh kerosakan dari fungsi kereta itu sendiri, sebagai contoh brek tidak berfungsi dan sebagainya.

Maka tidak hairanlah jika kadar kemalangan jalan raya di Jepun agak rendah, iaitu sekitar 2.18 untuk setiap 100,000 penduduk pada tahun 2020 berbanding Malaysia, 14.48 untuk 100,000 penduduk pada tahun yang sama.

Shaken ini perlu diperbaharui setiap dua tahun. Ini bermakna, setiap dua tahun, setiap kereta di Jepun akan diperiksa keadaannya secara menyeluruh. Kereta yang gagal mendapat Shaken akan di tampal pelekat berwarna merah dan kereta ini tidak dibenarkan berada di atas jalan raya.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Yang menjadi isu, semakin meningkat usia kereta, semakin tinggi kos untuk mendapatkan Shaken. Ia mungkin boleh mencecah sehingga 100,000 yen (RM4,000) atau lebih. Cuba anda bayangkan kalau hendak perbaharui Shaken sahaja dah mencecah RM4,000. Ini belum masuk kos lain-lain lagi.

Jadi, adalah lebih baik untuk membeli kereta baharu. Itulah sebabnya kebanyakan kereta-kereta di Jepun ini akan dijual selepas 4 hingga 5 tahun dan ini adalah faktor utama mengapa perbatuannya masih rendah. Sebab yang lain, kebanyakan orang Jepun terutama yang tinggal di bandar lebih banyak menggunakan pengangkutan awam berbanding kereta sendiri.

Kadar caj parkir di Tokyo misalnya, boleh mencecah 1500 yen/jam (RM60), cuba anda parkir 2 hingga 3 jam, tak ke cecah RM180 untuk parkir sahaja? Sebab itulah lebih ramai yang memilih untuk menggunakan pengangkutan awam, khususnya di bandar besar.

Lagipun, perkhidmatan pengangkutan awam di Jepun sememangnya sangat cekap. Terima kasih saudari Zunita Ramli atas perkongsian info ini. Apa pendapat anda jika negara kita juga menggunakan undang-undang sebegini pada masa akan datang?

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply