Institut Sukan Negara (ISN) dengan kerjasama Majlis Sukan Negara (MSN) menghabiskan RM7.5 juta untuk membangunkan basikal berteknologi tinggi untuk atlet negara memberikan saingan kepada kuasa besar dunia dalam misi memburu pingat emas pertama di pentas Sukan Olimpik Paris 2024.
Basikal berjenama WX-R Vorteq yang bernilai RM385,800 sebuah itu berjaya dihasilkan bagi memenuhi keperluan teknologi untuk memastikan tiga pelumba trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, Shah Firdaus Sahrom dan Nurul Izzah Izzati Mohd. Asri mampu memberikan saingan di Paris nanti.
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
Menurut Azizulhasni yang ditemui selepas Majlis Pelancaran Team Mas di MSN Bukit Jalil semalam, dengan adanya basikal seperti itu, dia dan rakan-rakannya mampu memberi cabaran lebih sengit di pentas Olimpik Paris 2024 nanti terutamanya kepada pelumba dari Great Britain dan Jerman.
“Pada edisi Olimpik sebelum ini, pelumba dari negara itu mempunyai kelebihan dari segi teknologi basikal yang digunakan dan itu membuatkan mereka lebih mudah mengatasi pelumba negara lain.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
“Kini dengan usaha R&D (kajian dan pembangunan) dan pelaburan yang telah dilakukan oleh KBS (Kementerian Belia dan Sukan) dan MSN untuk membangunkan teknologi basikal ini, mungkin kita dapat memberikan saingan yang lebih sengit kepada negara berkenaan.
“Sekarang mungkin teknologi kita telah setanding dengan Great Britain, Jerman mahupun Jepun. Sekarang masa pelumba pula kena buktikan sebab ia ibarat enjin yang akan menentukan kemenangan nanti,” katanya.
Bagaimanapun, Azizulhasni menyatakan bahawa dengan adanya basikal seperti itu, ia tidak bermakna akan memberi jaminan untuk beliau dan rakan-rakannya terus merangkul pingat emas di temasya sukan Paris itu nanti. – KOSMO! ONLINE
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kecil kredit Hannah Yeoh dan Azizulhasni Awang
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?
KOMEN TERKINI