ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jaguar F-TYPE Coupe dilancarkan, harga bermula dari RM899,888!

Views

(L-R) Dato' Steve Day, Lim Wei-ling, Sime Darby Motors Regional MD Simon Rock, JLRM MD Syed Mudzhar Syed Ali, SISMA Auto Chairman Syed Hussain Syed Mohamed and SISMA Auto MD Syed Khalil Syed Ibrahim

Jaguar Land Rover (Malaysia) Sdn Bhd, selaku pengimport eksklusif kenderaan Jaguar dan Land Rover di Malaysia, telah melancarkan Jaguar F-TYPE Coupe aluminium sepenuhnya serba baru, kereta sports paling dinamik dan berprestasi yang pernah dihasilkan Jaguar setakat ini. Dilancarkan di bilik pameran baru dwi-jenama berkenaan di Menara Worldwide, Jalan Bukit Bintang, Jaguar Land Rover Malaysia turut mengumumkan pengenalan model terbaru Jaguar itu akan ditawarkan di dalam dua varian, F-TYPE R dan F-TYPE S.

Varian paling tinggi, F-TYPE R Coupe dilengkapi dengan enjin 5.0 liter V8 Supercharge Jaguar yang mampu menjana kuasa 550PS dan 680Nm tork, dengan capaian pecutan 100kmj dalam masa hanya 4.2 saat. Ia mampu untuk mencapai kelajuan maksimum 300kmj (dihadkan secara elektronik). Varian ini dijual pada harga RM1,158,888 di Semenanjung (tidak termasuk insurans).

Sementara itu, bagi F-TYPE S Coupe, ia dilengkapi dengan enjin 3.0 liter V6 Supercharge petrol dengan janaan kuasa maksimum 380PS dan 460Nm tork, dengan masa diperlukan untuk pecutan 0-100kmj hanya 4.9 saat. Kelajuan maksimumnya pula adalah pada 275kmj dan ia dijual pada harga RM899,888 di Semenanjung (tidak termasuk insurans). Kedua-dua F-TYPE R dan F-TYPE S dipadankan dengan sistem transmisi Quickshift 8-kelajuan dengan nisbah rapat untuk memberikan prestasi terbaik, dengan kawalan manual sequential sepenuhnya melalui pemilih SportShift bahagian ditengah atau pedal pada belakang stereng.

Dibangunkan berdasarkan model konsep sports coupe Jaguar C-X16 yang pertama kali dipamerkan di Pameran Permotoran Frankfurt pada 2011, bahagian sisi badan Jaguar F-Type Coupe diperbuat daripada kepingan aluminium tunggal, menjadikannya lebih ringan dan sekali gus kukuh. Ia mungkin merupakan penghasilan sisi badan kenderaan dengan kaedah pembentukan-dingin paling ekstrim pernah disaksikan oleh industri automotif, membolehkannya untuk tidak lagi bergantung kepada pelbagai lapisan panel dan sambungan seperti kaedah biasa.

Pada majlis pelancarannya, jenama ikonik British ini turut mempersembahkan secara rasmi ‘Rakan Jenama’ Jaguar untuk Malaysia sebagai sebahagian daripada kempen global ‘How Alive Are You?’ Berkisar sekitar daya tarikan dan dorongan emosi kenderaan-kenderan keluaran Jaguar, kempen ‘How Alive Are You?’ membawa mesej berkaitan semangat progresif dan keyakinan Jaguar. Paling utama, ia merupakan sebuah pernyataan tentang bagaimana setiap satu daripada kenderaan keluaran Jaguar dihasilkan untuk menjadi ‘hidup’ di dalam pelbagai aspek.

Pemilik galeri seni dan pengumpul, Lim Wei-Ling, usahawan berjaya Dato’ Steve Day dan penyanyi dan penulis lagu, Yuna dipilih sebagai simbol bagi tiga kunci utama kempen berkenaan – rekaan, inovasi dan prestasi. Ketiga-tiga personaliti ini berdedikasi untuk memperkemas bakat masing-masing, memaknakan semula erti ‘hidup’ yang sebenarnya yang dilihat sejajar dengan kempen global ini.

Wei-Ling mereka bentuk galerinya untuk dijadikan platform bagi meletakkan seni ke satu tahap yang baru. Beliau berharap untuk memberi insipirasi dan mempengaruhi orang ramai melalui medium seni. Galeri Wei-Ling pernah membawa pameran seni ke Pakistan, India, China, Hong Kong, Taiwan dan Singapura dan menyertai beberapa festival seni antarabangsa.

Seorang usahawan yang menganjurkan Festival Makanan Antarabangsa Malaysia dan mendirikan Vision Four Media Group, Dato’ Steve Day menjadi simbol kepada kecemerlangan dan dipacu oleh inovasi. Sepanjang hidupnya, beliau menumpukan usaha dan fikiran untuk mengubah impian menjadi kenyataan; membuka jalan baru dan terus berusaha gigih dan kekal fokus.

Penyanyi dan penulis lagu, Yuna pula percaya pada nilai keikhlasan dan kejujuran, yang dengan jelas tercermin di dalam setiap persembahan lagu-lagunya yang menyentuh jiwa. Beliau pernah memenangi pelbagai anugerah dan pencalonan, baik di dalam atau di luar negara. Beliau juga merupakan penerima anugerah Ikon Belia Kebangsaan 2012 melalui pencapaiannya di dalam bidang seni.

Di rantau ini, Jaguar Land Rover juga turut berkerjasama dengan tiga lagi tokoh dalam bidang masing-masing di Singapura dan juga Thailand, yang turut berkongsi kesungguhan dan semangat yang dapat mewakili jenama Jaguar. Di Singapura, pembikin filem, Eric Khoo, chef Andre Chiang dan pemain violin Min Lee dipilih sebagai ‘Rakan Jenama’ manakala di Thailand, pembikin filem Aditya Assarat, chef Ian Kittichai dan penari Pichet Klunchun dipilih untuk kempen yang sama.

KLIK UNTUK IMEJ LEBIH JELAS

(L-R) Art gallerist Lim Wei-ling, SISMA Auto MD Syed Khalil Syed Ibrahim and entrepreneur Dato' Steve Day 03-GROUP-SHOTS_LR (L-R) SISMA Auto MD Syed Khalil Syed Ibrahim, Jaguar Land Rover Msia MD Syed Mudzhar Syed ALi and Aftersales Mgr Nicholas Fit The new all-aluminium Jaguar F-TYPE Coupe The new Jaguar F-TYPE Coupe

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment


  • Mengarutnya dekat malaysia nih. V8 F-type nih cuma 80-100K USD je.. kalau convert baru 300K. tapi bila topup cukai gomen yang pelahap namampos.. terus jadi 800K.

Leave a Reply