ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jalan ditutup hampir 4 jam gara-gara tangki minyak diesel terjatuh dari lori

Berita Tempatan

Views

Gara-gara tangki minyak terjatuh dari lori, jalan utama di kilometer 26, Jalan Seremban-Tampin, di Seremban terpaksa ditutup hampir empat jam, semalam.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Shaik Abd. Kadar Shaik Mohamed berkata, kejadian kira-kira pukul 11.44 pagi itu menyebabkan tiga kenderaan terbabit kemalangan iaitu lori membawa muatan minyak, kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Fortuner dan kereta jenis Perodua Myvi.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Menurutnya, siasatan awal mendapati, lori dari arah Seremban menghala ke Tampin berada di lorong kiri dan sebaik sampai di tempat kejadian berhampiran lampu isyarat Majlis Daerah Rembau, skru tapak tangki minyak telah patah.

Ia menyebabkan tangki minyak diesel terjatuh serta tertumpah di atas jalan. Berikutan itu, pemandu Toyota Fortuner yang berada di lorong kanan telah memberhentikannya kerana lampu isyarat merah.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Bagaimanapun, datang kereta Perodua Myvi dari arah belakang tidak dapat mengawal kenderaannya akibat jalan licin lalu terlanggar bahagian belakang kenderaan tersebut.

Shaik Abd Kadar berkata, saman telah keluarkan kepada pemandu lori iaitu lelaki berusia 39 tahun di bawah Peraturan Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 kerana menumpahkan lelehan atau taburan dari kenderaan.

Lalu lintas kembali lancar pada pukul 3.30 petang setelah pihak bomba dan Jabatan Kerja Raya (JKR) JKR membuat pembersihan. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Seremban page

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply