McDonald’s Japan Co., Ltd. (McDonald’s), Toyota GAZOO Racing (TGR) dan Takara Tomy Co., Ltd. (Takara Tomy) baru-baru ini telah melancarkan kolaborasi baharu mereka iaitu Happy Set “Tomica” yang mula dijual pada 12 April 2024 di Jepun.
Projek khas ini juga adalah bagi memperingati sambutan ulang tahun ke-10 sejak “Tomica” mula membuat kemunculan dalam Happy Set, kira-kira sedekad yang lalu.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Apa yang menarik, Happy Set “Tomica” kali ini menampilkan koleksi mainan istimewa, iaitu Toyota GR Corolla dan Toyota GR86 berwarna emas.
Bukan itu sahaja, versi sebenar Toyota GR86 berwarna emas ini akan dipamerkan semasa “Tomica Expo in OSAKA ~Full of Fun! Tomica World~” yang bakal berlangsung mulai 26 April nanti bertempat di Osaka Nanko ATC Hall.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Satu klip video khas bertajuk “DRIFT Twins” yang menampilkan aksi ‘drift‘ pemandu muda pasukan Toyota GAZOO Racing World Rally Team, Kalle Rovanpera serta pelumba D1 Grand Prix dan Formula, Ken Gushi, turut ditayangkan menerusi saluran YouTube.
Selain GR Corolla dan GR86 berwarna emas, beberapa koleksi mainan Tomica yang popular akan membuat kemunculan dalam Happy Set “Tomica” kali ini, antaranya trak bomba Hino (Morita Super Gyro Ladder) dan kereta polis Toyota Crown. Ada sembilan koleksi kesemuanya termasuk satu mainan ‘misteri’.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto rasmi
Foto kredit Nihobby Japan日改通商
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?
KOMEN TERKINI