ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jalan runtuh, laluan Hulu Yam Lama-Hulu Yam Bharu ditutup

Berita Tempatan

Views

Laluan B57 yang menghubungkan Hulu Yam Lama dan Hulu Yam Bharu ditutup sepenuhnya susulan keadaan tebing jalan runtuh yang semakin kritikal sejak Sabtu lalu.

Portal Selangorkini melaporkan, Penyelaras DUN Batang Kali Saifuddin Shafii berkata, hujan lebat Sabtu lalu menyebabkan tebing jalan runtuh berpunca dari arus deras air Sungai Hulu Kelang hingga memaksa Jabatan Kerja Raya menutup jalan bagi mengelakkan kejadian lebih buruk.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Orang ramai boleh menggunakan laluan Antara Gapi atau pekan Batang Kali sebagai laluan alternatif buat masa ini. Penutupan jalan ini dijangka satu hingga dua bulan namun bergantung kepada situasi semasa.

Saifuddin berkata ketika ini separuh daripada laluan terbabit mengalami kerosakan teruk dan membahayakan pengguna jalan.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Laluan tersebut sering digunakan untuk air terjun, namun ia tidak lagi boleh menampung dan pihaknya tidak mahu keseluruhan jalan itu rosak sehingga terputus hubungan kerana menyukarkan lagi kerja-kerja pembaikan.

Terdahulu beliau memuat naik video kerosakan jalan terbabit di Twitter selain meminta orang awam menggunakan laluan alternatif.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply