ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jangan nak melencong ke negeri lain, tunjuk surat kebenaran polis – Ketua Polis Kedah

Berita Tempatan

Views

Pelancong yang mahu menikmati kemudahan gelembung pelancongan menerusi Projek Rintis Langkawi melalui Terminal Feri Kuala Kedah yang akan dibuka Khamis ini tidak dibenarkan melencong ke destinasi lain.

Menurut Berita Harian, Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata berikutan itu semua pelancong dari luar Kedah dan Perlis perlu membawa surat kebenaran polis untuk tujuan pemeriksaan kerana mereka perlu merentas negeri.

Katanya, mereka perlu menunjukkan surat kebenaran itu walaupun mempunyai bukti tempahan tiket feri dan hotel ke pulau peranginan berkenaan. Ia bagi memastikan tiada yang cuba mengambil kesempatan dengan melencong ke negeri lain terlebih dulu, sebelum ke Langkawi.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Pihak polis akan melihat surat kebenaran berdasarkan maklumat individu itu untuk memastikan tiada yang melencong dulu, sebelum datang ke sini.

Kamarul Zaman berkata, orang ramai juga perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dengan menjaga jarak fizikal, memakai pelitup muka dan menerima dos lengkap vaksin.

Selain itu, katanya, ujian pengesanan COVID-19 sama ada melalui RT-PCR, RTK-Antigen dan ujian kendiri saliva akan dilakukan sama seperti di Terminal Feri Kuala Perlis sebelum dibenarkan menaiki feri untuk memastikan tiada penumpang yang dikesan positif virus terbabit.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Tambah beliau, pihaknya akan menempatkan pegawai dan anggota polis dengan dibantu beberapa agensi lain di kawasan Kuala Kedah supaya orang ramai mematuhi SOP, selain mengelak kesesakan di kawasan itu.

Perancangan awal sudah diatur bagi mengelak berlaku kesesakan di Kuala Kedah pada hari itu kerana kita menjangkakan lebih ramai pelancong akan menggunakan laluan darat untuk menaiki feri di Terminal Feri Kuala Kedah.

Beliau berkata, pihaknya juga sudah berbincang dengan pengusaha tempat letak kereta persendirian di Kuala Kedah untuk memberi kemudahan terbaik kepada pelancong yang datang.

Ini kerana, kawasan Kuala Kedah adalah terhad dan dibimbangi akan berlaku kesesakan jika tidak dikawal rapi. Orang ramai dinasihatkan supaya datang awal sekurang-kurangnya dua jam sebelum feri berlepas untuk memudahkan proses yang dibuat untuk ke Langkawi.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit K! ONLINE

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply