ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jangan berlagak handal buli pelajar sekolah memandu – Ketua JSPT Melaka

Tular

Views

Pengguna jalan raya diingatkan supaya tidak berlagak handal dan membuli pelajar sekolah memandu. Menurut portal K! ONLINE, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri Melaka, Deputi Superintendan Hasan Basri Yahya, pemandu yang mempunyai lesen memandu penuh seharusnya menunjukkan contoh baik dan memberi laluan kepada kenderaan dengan pelekat L.

JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT

Beliau berkata demikian video tular berdurasi 22 saat memaparkan sebuah kereta jenis Proton Saga cuba memotong kenderaan sekolah memandu sehingga berlaku pelanggaran di Lebuh Ayer Keroh berhampiran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah.

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?

Kata beliau, menerusi klip video itu, pemandu Saga tidak memperlahankan kenderaan ketika keluar simpang.
Pemandu kereta tersebut memotong kenderaan pelajar lesen L sebelum keluar simpang secara melulu. Sepatutnya kereta itu berhenti atau memperlahankan kenderaannya bagi memastikan laluan selamat bukannya berlagak sombong dengan memandu secara melulu di hadapan pelajar sekolah memandu.

Tambah beliau, polis akan menyiasat kenderaan yang terlibat dan tindakan boleh diambil mengikut Peraturan 6(2) Kaedah-Kaedah Lalulintas 166/59 kerana mengubah haluan secara tiba tiba dan menyebabkan kemalangan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!
JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!
JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an
JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia
JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply