ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tren LRT berhenti mengejut, beberapa penumpang cedera

Berita Tempatan

Views

Ini berita yang baru kami terima. Harian Metro melaporkan, beberapa penumpang tren Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya cedera dalam insiden membabitkan dua tren, malam ini. Kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 9 malam ketika tren itu dalam perjalanan antara Kampung Baru dan KLCC.

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Iriz Active bocor!

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, polis menerima laporan kejadian dan siasatan sedang dijalankan di lokasi. Katanya, berdasarkan maklumat awal, dua tren berkenaan tidak berlanggar tetapi berhenti secara mengejut.

Tambahnya, kejadian itu menyebabkan penumpang terjatuh dan mengalami kecederaan. Bagaimanapun, katanya, maklumat lanjut akan dimaklumkan sebaik siasatan dilakukan di lokasi berkenaan. Sementara itu, Prasarana Malaysia Berhad dalam kenyataan mengesahkan kejadian itu yang membabitkan tren bernombor 40 dan 81.

JOM BACA >> INTIP : Iriz Active ke tu?

Menurut kenyataan itu, pasukan mereka ketika ini sedang menguruskan bantuan dan kerja menyelamat. Pada masa yang sama, mereka yang terlibat diminta supaya bertenang dan mematuhi segala arahan. Pihaknya memohon maaf atas segala kebimbangan dan kerisauan.

Tambah kenyataan itu, pihaknya juga sedang berusaha secepat mungkin untuk memberi bantuan serta mengawal keadaan. Tular di media sosial beberapa gambar dan rakaman video yang menunjukkan kecederaan penumpang dan situasi cemas di lokasi kejadian.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply