ARKIB

KATEGORI

Buletin

SsangYong dedah lakaran SUV generasi baharu, X200

Berita Global

Views

Pengeluar kereta dari Korea Selatan, SsangYong telah mendedahkan hala tuju reka bentuk mereka menerusi lakaran model SUV yang dikenali dengan namakod X200. Model ini dikatakan akan membawa falsafah reka bentuk baharu syarikat tersebut iaitu “Powered by Toughness.”

Jika diperhatikan pada lakaran tersebut, ia kelihatan padu dan ranggi. Ssangyong berkata, lakaran tersebut diinspirasikan dari model asal Korando, keluaran 1983 yang turut dipengaruhi oleh gaya rekaan model ikonik, Jeep CJ.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Dari situ, Ssangyong mengeluarkan empat set reka bentuk konsep asas yang perlu diikuti oleh X200, iaitu ‘Senibina yang mantap ‘, Keseronokan yang tidak terjangka’, ‘Kontras bersemangat’ dan ‘Penyatuan dengan alam semula jadi’.

Meskipun ia diinspirasikan daripada model crossover kompak, syarikat tersebut tidak memaklumkan di mana X200 akan diposisikan dalam barisan model mereka jika mengikut saiz. X200 mengikut jejak langkah model SUV saiz sederhana J100 yang telah dilancarkan pada Jun lalu, turut menggunapakai falsafah reka bentuk yang sama.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Buat masa ini Ssangyong masih lagi belum mengesahkan yang model X200 akan dijana trenkuasa elektrik, meskipun mereka telah mengumumkan kenderaan baharu keluarannya nanti bakal memberikan tapak kukuh buat mereka dalam pasaran SUV dan bakal menampilkan trenkuasa “mesra alam”.

Model J100 adalah berasaskan pelantar baharu yang boleh menggunakan trenkuasa elektrik sepenuhnya dan enjin pembakaran dalaman. Menurut ketua Pusat Reka Bentuk SsangYong, dengan kehadiran model J100 dan X200, mereka kini telah melakar satu garisan permulaan dan model-model akan datang bakal mengikut hala tuju reka bentuk baharu jenama tersebut.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply