ARKIB

KATEGORI

Buletin

Shell Rimula beri penghargaan kepada rakan niaga, masih kekal sebagai HDDEO terlaris di Malaysia

Berita Tempatan

Views

Shell Malaysia menyifatkan kejayaan jenama minyak enjin tugas berat (HDDEO) Shell Rimula tahun lalu di negara ini sebagai hasil kerjasama yang telah terjalin sejak sekian lama dengan rakan niaga syarikat terebut.

Pengurus Besar Shell Lubricants bagi Malaysia dan Singapura, Nyon Kam Yew  dalam ucapannya kepada kira-kira 300 tetamu di Majlis Makan Malam Gala Rimula edisi 2023 yang diadakan di Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini menyampaikan penghargaan kepada rangkaian pengedar dan juga para pengguna.

Ujar beliau, pihaknya menghargai semangat yang utuh dan sokongan padu mereka yang telah meletakkan Shell Rimula sebagai HDDEO terlaris di Malaysia serta membolehkan jenama ini kekal di kedudukan tersebut tahun demi tahun.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Shell yang merupakan pembekal pelincir nombor satu dunia selama 16 tahun berturut-turut juga melihat adanya peluang pertumbuhan dalam segmen HDDEO sintetik premium.

Ia didorong oleh permintaan industri pengangkutan yang semakin meningkat terhadap penyelesaian yang boleh mempertingkatkan kecekapan bahan api dan menghasilkan emisi yang lebih rendah.

Di rantau ASEAN, 85 peratus kenderaan pengangkutan masih lagi menggunakan diesel walaupun terdapat peralihan di peringkat global ke arah penggunaan BEV atau kenderaan elektrik bateri.

HDDEO berkualiti tinggi seperti Shell Rimula memainkan peranan penting dalam menyokong operasi kenderaan diesel serta menggerakkan ekonomi, pada masa yang sama mengurangkan jejak karbon industri.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Sektor pengangkutan merupakan penyumbang utama kepada prestasi Shell Rimula bagi tahun ini. Rangkaian pelincir sintetik premiumnya terbukti mampu membantu pemilik armada memperoleh keuntungan tanpa mengabaikan alam sekitar.

Pelincir sintetik seperti Shell Rimula R4 Plus, Rimula R5 LE dan Rimula R6 LM berupaya memberikan penjimatan kos yang signifikan menerusi perlindungan enjin yang unggul daripada kehausan dan keupayaan untuk kekal dalam gred untuk lebih lama.

Ini seterusnya membantu memanjangkan selang penukaran minyak supaya kenderaan boleh beroperasi lebih lama dan jumlah kos pemilikan dapat dikurangkan.

Di samping itu, manfaat penting yang dibawakan oleh penggunaan pelincir berkualiti ialah emisi yang lebih rendah yang membolehkan syarikat-syarikat perniagaan memenuhi komitmen ESG (alam sekitar, sosial dan tadbir urus) mereka.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply