Proton secara rasminya memperkenalkan jentera lumba S70 R3 yang bakal berentap di perlumbaan 1000km Sepang 2024 untuk menambah rekod enam kemenangan dalam acara perlumbaan ketahanan tersebut.
Dipertontonkan buat kali pertama di Pameran Automotif Malaysia 2024 pada bulan Mei lalu, video pembangunannya telah dikongsi di saluran media sosial Proton sejak 1 Oktober.
Ditubuhkan pada tahun 2003, Proton R3 adalah bahagian sukan permotoran yang disokong oleh kilang Proton, adalah akronim yang membawa maksud ‘Race, Rally, Research‘.
Sepanjang dua dekad, R3 telah berjaya membawa model Proton dalam acara perlumbaan dan rali di peringkat domestik dan antarabangsa.
Pengetahuan yang diperolehi itu digunakan untuk membangunkan kepelbagaian komponen peningkatan prestasi dan model edisi terhad untuk dijual kepada pelanggan.
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
Baru-baru ini, mereka juga telah menceburi bidang pelincir dengan menggunakan jenama R3. S70 R3 adalah taruhan terbaharu Proton yang dibangunkan untuk sukan permotoran.
Usaha ini bermula sebelum penubuhan R3 dan merangkumi model asal Proton Saga serta termasuk Proton Wira, Satria, Waja, Satria Neo, Prevé, Suprima S, Iriz dan versi terkini Saga.
Dengan penampilan S70 R3, Proton dan bahagian sukan permotorannya menerokai bidang baharu serta bertanding dengan kereta yang dibangunkan bersama Geely dan hanya setahun selepas pelancarannya di pasaran.
Persiapan akhir kini sedang giat dijalankan menjelang hari perlumbaan 1000km Sepang pada 22 hingga 24 November nanti, bagi memastikan kereta dan pasukan R3 bersedia menghadapi segala cabaran.
Proton adalah OEM yang paling berjaya dalam sejarah 15 tahun acara ini dengan enam kemenangan, manakala R3 muncul pasukan paling berjaya dengan lima kemenangan, termasuk tiga kemenangan berturut-turut dari 2017 hingga 2019.
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah berkata, pihaknya amat teruja untuk kembali ke grid permulaan pada 2024.
Jelasnya, Proton S70 R3 menandakan satu pencapaian baharu bagi jenama ini apabila syarikat membawa model yang dibangunkan bersama Geely ke dalam persaingan buat kali pertama.
Tambah beliau, meskipun ia adalah model baharu, Proton menyahut cabaran untuk menempatkan dua unit S70 R3 dalam perlumbaan dan bukannya menggunakan model lama yang terbukti sebagai pilihan alternatif.
S70 adalah sedan segmen C pertama Proton sejak Proton Prevé, yang dilancarkan pada tahun 2012. Dilancarkan pada 28 November 2023, S70 menerajui segmennya tahun ini dengan hampir 15,000 unit didaftarkan sehingga akhir September 2024.
Dikuasakan oleh enjin 1.5T yang dipadankan dengan transmisi cekam berkembar 7-kelajuan (DCT), ia juga dilengkapi dengan fungsi arahan suara, serta 13 teknologi ADAD tahap 2.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
KOMEN TERKINI