ARKIB

KATEGORI

Buletin

JPJ Perak buka kaunter pandu lalu untuk perbaharui cukai jalan dan lesen memandu mulai esok

Berita Tempatan

Views

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak menjangka kira-kira 100 pengguna kenderaan mengambil peluang menggunakan perkhidmatan kaedah pandu lalu bagi memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, bermula esok (Khamis).

Menurut Utusan Online, Pengarahnya, Mohammad Yusoff Abustan berkata, perkhidmatan itu dilaksanakan di ibu pejabat JPJ Perak di Ipoh bagi memudahkan orang ramai menyelesaikan urusan pembayaran dua perkhidmatan itu memandangkan tarikh moratorium akan tamat pada 30 September depan.

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran

Katanya, transaksi dilakukan secara tunai sahaja bermula 9 pagi hingga 12.15 tengah hari bermula Khamis ini sehingga 30 September depan. Tambah beliau, JPJ Perak sudah melakukan sesi percubaan bagi kaedah tersebut sejak semalam bagi memastikan semua proses berjalan lancar.

Beliau menjelaskan pada sesi percubaan sebanyak 240 transaksi berjaya dilakukan dengan nilai keseluruhan RM12,114 melibatkan 56 kenderaan. Kaedah ini dijangka mendapat sambutan menggalakkan sekali gus memberi peluang orang ramai berurusan tanpa perlu membuat janji temu seperti yang dilaksanakan sekarang.

Dalam pada itu, Mohammad Yusoff menjelaskan Bahagian Penguatkuasa JPJ Perak mengeluarkan lima kompaun terhadap kenderaan pekerja dalam Op Patuh sejak 5 Julai lalu.

JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala

Tegasnya, kompaun itu dikeluarkan kerana kenderaan tersebut gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) iaitu dengan membawa penumpang melebihi kapasiti dibenarkan.

Menurut beliau, semua kompaun berjumlah RM16,000 itu dikeluarkan terhadap kenderaan pekerja di sekitar Ipoh. Jelasnya lagi, tindakan itu selaras dengan penurunan kuasa kompaun di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 432) kepada Pegawai Pengangkutan Jalan.

Tambah beliau lagi, tumpuan operasi mereka lebih kepada kenderaan perkhidmatan awam dan perdagangan seperti teksi, kereta sewa, bas pekerja dan bas ekspres.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply