ARKIB

KATEGORI

Buletin

Subaru WRX 2022 sah dilancarkan 10 September ini!

Berita Global

Views

Sepatutnya Subaru WRX 2022 dijadualkan untuk dilancarkan minggu lalu, namun pandemik COVID-19 yang tiada kesudahan memaksa pembatalan di saat akhir New York International Auto Show (NYIAS).

Susulan dari pembatalan itu, Subaru telah menyiarkan satu video acah yang mengesahkan model tersebut akan dilancarkan dalam masa yang terdekat.

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran

Akhirnya, penantian bakal berakhir dan menerusi satu ciapan di laman Twitter, Subaru mengesahkan model sedan-berprestasi tinggi itu akan diperkenalkan pada 10 September ini. WRX 2022 akan membuat kemunculan secara rasmi kira-kira lapan hari selepas pengenalan Forester Wilderness.

Ia bakal menampilkan rekaan luaran yang ‘garang’ dengan skup udara pada hud, pelapik badan plastik gaya crossover, rim aloi kemasan hitam, sistem ekzos berkembar dan spoiler belakang bersaiz kecil.

JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala

Ruang dalamannya masih lagi ‘misteri’ buat masa ini, namun dalam iklan acah terdahulu telah memperlihatkan tombol gear manual, jahitan bebenang merah, kemasan metalik dan tuil brek tangan konvensional.

Dijangka model ini akan dijana oleh enjin turbocas 2.4-liter empat silinder baharu yang ditala semula untuk menjana kira-kira 300 kuasa kuda. Kuasa yang dihamburkan ini akan disalurkan pula kepada sistem pacuan semua-roda simetrikal.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply