ARKIB

KATEGORI

Buletin

JPJ Perlis raih RM3.48 juta hasil bidaan plat RAJ, UniMAP lancar siri UR

Berita Tempatan

Views

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis mengutip hasil bidaan sebanyak RM3.48 juta bagi nombor pendaftaran RAJ sepanjang tempoh lima hari bermula pada 18 Februari lalu. Menurut Berita Harian, Pengarah JPJ negeri, Fatimah Mohamed Ali Piah, berkata berdasarkan rekod, nilai tertinggi bagi siri nombor itu adalah bagi pendaftaran RAJ 1 dengan bidaan RM202,670.

JOM BACA >> Perodua mula siar foto acah Ativa (D55L) di laman sesawang

Kata beliau, JPJ Perlis membuka siri pendaftaran ini hingga 22 Februari lalu dan menerima sebanyak 4,026 pembida dengan jumlah bidaan RM 3,486,332. Tambahnya, selain RAJ 1 yang mendapat sambutan tertinggi, plat RAJ 5 juga mencatat jumlah bidaan kedua tertinggi sebanyak RM101,780 dan diikuti RAJ 3 sebanyak RM 81,000.

Jumlah pembida yang berjaya pula adalah seramai 2,333 orang. Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) turut melancarkan siri nombor pendaftaran khas universiti berkenaan semalam.

JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT

Siri UR1 hingga UR9999 boleh dibida bermula hari ini (25 Februari 2021) sehingga 4 Mac 2021. Naib Canselor UniMAP, Prof Ir Ts Dr R Badlishah Ahmad, berkata walaupun UniMAP bukanlah universiti pertama yang melancarkan nombor pendaftaran khas ini, ia tetap mempunyai keistimewaannya tersendiri.

Kombinasi kedua huruf UR ini diambil bagi mewakili huruf U yang juga adalah awalan perkataan UniMAP manakala R adalah nombor pendaftaran kenderaan rasmi bagi negeri Perlis yang juga identiti negeri Perlis. UniMAP menyasarkan penjualan siri nombor pendaftaran berkenaan mampu mencecah RM10 juta dan proses bidaan dikendalikan oleh syarikat yang dilantik, Aquatwo Sdn Bhd.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit JPJ Negeri Perlis dan Universiti Malaysia Perlis

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?
JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!
JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!
JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an
JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply