ARKIB

KATEGORI

Buletin

Petronas jumpa telaga minyak di Jawa Timur

Berita Tempatan

Views

Anak syarikat Petroliam Nasional Bhd (Petronas), PC North Madura II Ltd menemui minyak di telaga eksplorasi Hidayah-1 yang terletak dalam kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) North Madura II di luar pantai Jawa Timur, Indonesia. Sinar Harian melaporkan, PC North Madura II adalah pengendali dengan 100 peratus kepentingan penyertaan dalam PSC North Madura II.

Menurut Petronas, telaga eksplorasi Hidayah-1 membuat penggerudian awal pada 7 Januari 2021 dan digerudi dengan selamat sehingga kedalaman 2,739 meter. Telaga itu menemui pengumpulan karbonat mengandungi minyak dengan kualiti takungan yang baik di formasi karbonat Ngimbang dan diuji pada anggaran 2,100 tong sehari (BOPD) dengan kualiti minyak mentah yang baik.

JOM BACA >> Perodua mula siar foto acah Ativa (D55L) di laman sesawang

Tambah Petronas, keputusan dari telaga eksplorasi Hidayah-1 akan dinilai seterusnya bagi menentukan potensinya. Naib Presiden Eksplorasi Huluan Petronas, Emeliana Rice-Oxley berkata, penemuan itu merupakan satu kejayaan penting bagi PSC North Madura II PSC kerana ia membuktikan potensi pengumpulan karbonat di kawasan tersebut.

Katanya, ini merupakan satu perkembangan baik dan bukti potensi eksplorasi yang luas di Indonesia. Pihaknya berharap dapat mengukuhkan hubungan dan kerjasama mereka dengan kerajaan bagi menyediakan bekalan tenaga yang bersih, selamat dan terjamin kepada Indonesia.

JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT

Sementara itu, Presiden PC North Madura II, Mohd Nazlee Rasol berkata, penemuan itu merupakan bukti komitmen Petronas untuk terus mengembangkan perniagaan huluannya di negara tersebut. Mereka berterima kasih atas sokongan padu yang diberikan oleh SKK Migas dan kerajaan tempatan Kabupaten Sampang dalam menjayakan penggerudian telaga eksplorasi Hidayah-1.

Petronas juga merupakan pengendali lapangan minyak dan gas Bukit Tua di luar pantai Jawa Timur dan rakan usaha sama dalam enam PSC lain yang terletak di luar pantai dan daratan Sumatera, Laut Natuna, Jawa Timur serta Kalimantan.

Semalam, Petronas mengumumkan penemuan gas daripada telaga eksplorasi Dokong-1 di Block SK417 PSC, terletak di laut cetek Wilayah Baram Province, kira-kira 90 kilometer daripada perairan Sarawak.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?
JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!
JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!
JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an
JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply