ARKIB

KATEGORI

Buletin

JPJ tawar gantian LMM, LKM dan VOC mangsa banjir secara percuma

Berita Tempatan

Views

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menawarkan gantian secara percuma bagi , Lesen Kenderaan Motor (LKM), atau Sijil Pemilikan Sementara (VOC) khususnya bagi mangsa terbabit bencana banjir di seluruh negara.

JPJ menerusi kenyataan akhbar hari ini berkata, pemilik-pemilik dokumen perlu hadir sendiri dengan mengemukakan dokumen asal yang telah rosak di mana-mana kaunter pejabat JPJ bagi mendapatkan salinan gantian yang baharu.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Menurutnya, bagi dokumen yang telah musnah atau hilang, pemilik hendaklah mengemukakan salinan Laporan Polis atau Borang Pendaftaran Mangsa Bencana (Pejabat Daerah atau Jabatan Kebajikan Masyarakat).

Salinan berkenaan perlu dikemukan sebagai bukti kehilangan bagi mendapatkan dokumen gantian yang baharu. JPJ amat prihatin terhadap situasi musibah banjir yang berlaku di beberapa kawasan dan negeri di Malaysia.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Dalam pada itu, katanya, JPJ juga memberi kelonggaran dari segi pemantauan pematuhan dan penguatkuasaan terhadap mana-mana kenderaan perdagangan atau persendirian, yang terlibat dalam operasi menyelamat dan membawa bekalan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir, sehingga bencana ini terkawal sepenuhnya.

JPJ di seluruh negara telah, sedang dan akan berada dalam bersiap siaga di dalam menghulurkan apa-apa juga bentuk bantuan, sama ada dalam bentuk tenaga manusia ataupun seumpamanya dalam mengatur-gerak aset-aset JPJ di lapangan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply