ARKIB

KATEGORI

Tular

Kos ganti bateri mahal sangat, lelaki ini nekad letupkan Tesla Model S miliknya

Tular

Views

Seorang lelaki di Finland meletupkan kereta jenama Tesla Model S miliknya yang berharga kira-kira AS$95,000 (RM 398,563) setelah kenderaan tersebut rosak, manakala kos baik pulihnya amat tinggi, lapor akhbar New York Post semalam.

Menurut K! ONLINE, Tuomas Katainen membeli kereta itu pada 2013 sebelum rosak setelah jarak pemanduannya mencecah 1496.7 kilometer.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Setelah sebulan berada di bengkel, mekanik memberitahu bahawa dia perlu menggantikan ‘keseluruhan sel bateri’ pada harga 20,000 euro (RM 95,004.83).

‘’Jadi saya beritahu mereka saya akan mengambilnya tanpa dibaiki. Namun, saya akan meletupkannya,’’ kata Tuomas kepada pesohor YouTube daripada saluran Pommijätkät.

Tuomas bertindak mendapatkan bantuan pasukan lagak ngeri yang menjalankan rancangan realiti di saluran itu untuk meletupkan keretanya.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Kru lagak ngeri itu meletupkan kereta itu di sebuah bekas tapak kuari di kawasan bersalji Jaala. Mereka meletakkan kira-kira 33 kilogram bahan letupan pada badan kereta tersebut.

Patung manusia yang dipakaikan topi keledar dan topeng mirip wajah pengasas Tesla, Elon Musk dijatuhkan dari sebuah helikopter sebelum diletakkan di tempat duduk pemandu.

Rakaman menunjukkan Tuomas bersama kru tersebut bersorak setelah kereta diletupkan. Lelaki itu menganggap bahawa letupan tersebut lebih bermakna daripada menyimpan kereta Tesla yang tidak berfungsi.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply