ARKIB

KATEGORI

Tular

JSPT siasat tindakan juruiring tahan lori secara mengejut

Tular

Views

Tindakan seorang juruiring menahan aliran trafik membabitkan sebuah kenderaan berat secara tiba-tiba menimbulkan pelbagai reaksi negatif daripada warganet.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri ketika dihubungi berkata, pihaknya mengambil maklum berhubung kejadian itu.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

“Pihak JSPT akan siasat kejadian yang berlaku dan daripada segi pematuhan kepada prosedur operasi standard,” katanya ringkas.

Kejadian itu tular selepas satu klip berdurasi 35 saat dipercayai rakaman kamera pemuka kenderaan berat berkenaan dimuat naik di media sosial.

Rata-rata pengguna media sosial menyifatkan tindakan juruiring terbabit sebagai berbahaya memandangkan kenderaan berat secara amnya memerlukan jarak sesuai untuk memberhentikan kenderaan.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Tindakan memberhentikan kenderaan secara tiba-tiba dikhuatiri boleh mengakibatkan kemalangan jalan raya atau lebih parah berlaku kematian.

Berdasarkan tarikh pada rakaman, kejadian dipercayai berlaku pada Selasa lalu di susur keluar sebuah lebuh raya memaparkan juruiring berkenaan menahan dua motosikal dan kenderaan berat dipercayai lori.

Video berkenaan yang dikesan tular sejak semalam kini sudah mencecah jutaan jumlah tontonan di media sosial. – Harian Metro

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply