ARKIB

KATEGORI

Buletin

Sewa Ora Good Cat menerusi GoCar Share pada harga mampu milik, RM23.90 sejam

Berita Tempatan

Views

GoCar Malaysia dan Yinson GreenTech telah bekerjasama untuk menawarkan kenderaan elektrik (EV) Ora Good Cat melalui program GoCar Share.

Usaha sama itu hadir menerusi satu kerjasama di antara GoCar dan bahagian perniagaan pajakan YGT EV, drivEV.

Buat permulaan, Ora Good Cat boleh didapati untuk tempahan GoCar Share Round Trip (pergi-balik) di lokasi-lokasi terpilih di Lembah Klang seperti Berjaya Times Square, The Linc, Lalaport KL, Eco Ardence, Eco Grandeur dan GoCar Malaysia PJ.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Penguna GoCar boleh merasai pengalaman memandu Ora Good Cat pada harga mampu milik iaitu RM23.90 sejam dengan akses percuma ke atas semua pengecas AC dalam rangkaian YGT.

Bukan itu sahaja, lebih banyak penjimatan boleh dinikmatil sekiranya tempoh tempahan pengguna lebih lama.

Kadar harianPenjimatan
1 hari – 2 hariRM239
3 – 6 hariRM215Penjimatan +10 peratus (vs kadar 1 hari)
7 – 13 hariRM194Penjimatan +10 peratus (vs kadar 3 hari)
14 – 29 hariRM174Penjimatan +10 peratus (vs kadar 7 hari)
30 hari dan seterusnyaRM157Penjimatan +10 peratus (vs kadar 14 hari)

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Ketua Pegawai Eksekutif GoCar Malaysia, Wong Hoe Mun berkata, pihaknya berbesar hati kerana mampu menawarkan model-model kenderaan elektrik yang menarik kerana mereka yakin ramai orang awam ingin mencubanya.

Pengarah Urusan drivEV, Kelvin Soon berkata, pihaknya merancang untuk menambah lebih banyak rangkaian model EV dan mengembangkan perkhidmatan ini ke lokasi-lokasi lain supaya orang ramai lebih mudah mengaksesnya.

Pengenalan Ora Good Cat melalui GoCar hanyalah permulaan Kerjasama di antara GoCar dan drivEV yang merancang untuk memperkenalkan model-model lebih menarik serta meluaskan perkhidmatannya melangkaui kawasan Lembah Klang.

Untuk merasai sendiri pengalaman memandu Ora Good Cat menerusi GoCar Share atau model-model lain yang ditawarkan oleh GoCar Share, sila muat turun aplikasi mudah alih GoCar.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply