ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jualan kenderaan bulan Jun susut 96 peratus – MAA semak semula unjuran baharu TIV tahun ini

Berita Tempatan

Views

Berita Harian melaporkan, jualan kenderaan pada bulan Jun menyusut 96 peratus kepada 1,921 unit berbanding 47,204 unit yang dicatatkan pada bulan sebelumnya. Ia susulan kesan daripada pelaksanaan sekatan pergerakan seluruh negara bermula 1 Jun lalu.

Jumlah keseluruhan industri (TIV) bagi separuh pertama tahun ini (1H21) adalah lebih tinggi berbanding tempoh sama tahun lalu, iaitu 249,129 unit berbanding 173,545 unit, peningkatan 75,584 unit.

Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad, berkata pencapaian tinggi itu sebahagian besarnya adalah disumbangkan oleh kesan asas yang rendah iaitu TIV yang rendah pada 1H20 disebabkan oleh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 tahun lalu.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Katanya, sama seperti tahun lalu, jualan bulanan sepanjang 1H21 juga terjejas dengan pelbagai PKP yang dikenakan oleh kerajaan. Kecuali bagi bulan Januari dan Jun, jualan tahun-ke-tahun (Y-o-Y) adalah konsisten lebih tinggi untuk 1H21 berbanding tempoh sama pada 2020.

TIV pada bulan Mac adalah yang tertinggi sepanjang 1H21 disebabkan oleh syarikat automotif bergegas membuat penghantaran kepada pelanggan kerana tahun kewangan berakhir pada 31 Mac 2021. Pada Jun, unit yang didaftarkan adalah amat sedikit disebabkan penutupan bilik pameran susulan sekatan pergerakan seluruh negara sepanjang bulan itu.

Tambahnya, jualan sedikit yang dilaporkan pada bulan ini adalah daripada lebihan pendaftaran pada akhir Mei lalu. Mengikut pecahan bagi TIV 1H21, sebanyak 223,838 unit adalah daripada kenderaan penumpang manakala 25,291 adalah kenderaan komersil.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Bagi jumlah keseluruhan pengeluaran (TPV), sebanyak 241,288 unit dikeluarkan pada 1H21, meningkat 45.3 peratus kepada 166,049 unit daripada tempoh sama tahun lalu.

Dalam pada itu Aishah berkata, MAA membuat keputusan untuk menyemak semula unjuran TIV 2021 selepas mengambil kira banyak faktor terutamanya mengenai bahawa kilang automotif, pusat pengedaran dan bilik pameran jualan hanya dibenarkan beroperasi pada Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Tambah beliau lagi, unjuran baharu TIV bagi tahun ini disemak semula kepada 500,000 unit berbanding 570,000 yang diunjurkan sebelum ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply