ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kerajaan pertimbang kelonggaran rentas negeri bagi keluarga berjauhan yang lengkap dua dos vaksin

Berita Tempatan

Views

Kerajaan mempertimbangkan kelonggaran kepada mereka yang lengkap dua dos vaksin COVID-19, termasuk meneliti cadangan untuk membolehkan pasangan dan keluarga jarak jauh merentas negeri, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut Malaysiakini, Ismail berkata isu itu sering dibawa ke dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) selepas menerima luahan warganet di media sosial berhubung perkara itu.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Jelas Ismail, beliau  sering membawa isu ini dalam mesyuarat MKN, supaya kelonggaran bertemu keluarga dapat dipertimbangkan bagi mereka yang sudah lengkap menerima dua dos vaksin. Insya-Allah, kerajaan sedang memperhalusi cadangan ini bagi membolehkan pasangan dan keluarga jarak jauh disatukan semula.

Pada 17 Julai lalu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kelonggaran bagi individu yang lengkap dua dos suntikan vaksin COVID-19 akan diputuskan pada mesyuarat Majlis Pemulihan Negara pada minggu ini.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Muhyiddin berkata, kelonggaran itu mungkin termasuk pergerakan untuk membeli-belah, atau sekurang-kurangnya rentas daerah. Menurutnya langkah berkenaan juga seiring dengan pembukaan lebih banyak sektor ekonomi terutama di Lembah Klang pada Fasa Kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN) nanti.

Ismail berkata antara luahan yang sering diterima di media sosial merupakan pasangan jarak jauh serta ibu bapa yang terpisah dari anak-anak berikutan larangan merentas negeri. Sebagai seorang bapa, beliau sedar betapa pentingnya institusi kekeluargaan itu kepada manusia.

Ujar beliau, walaupun atas faktor keselamatan, ibu atau bapa tidak sepatutnya terpaksa berpisah dengan anak-anak dalam tempoh yang terlalu lama. Lebih-lebih lagi jika ibu bapa berkenaan sudah pun menerima dua dos vaksin.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply